Utusan Borneo (Sabah)

Keadaan ‘Iman’ membimbang­kan

Badak sumbu sumatera Malaysia yang terakhir

-

KOTA KINABALU: Badak sumbu sumatera dikenali sebagai Iman yang dilaporkan menghidap tumor dalam rahim (uterus) pada Ahad masih berada dalam keadaan membimbang­kan.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Augustine Tuuga berkata badak sumbu itu akan menjalani pemeriksaa­n rektrum dan ultra bunyi pada Rabu bagi mengenalpa­sti perkembang­an kanser yang dihidapi.

Beliau berkata pemeriksaa­n itu dilakukan setelah haiwan berkenaan berjaya dikeluarka­n dari tempatnya berkubang.

Sebelum ini, haiwan itu bertindak ingin menanduk sesiapa sahaja yang cuba mendekati tempatnya berkubang. Tindakan haiwan itu mengakibat­kan pendarahan pada rahimnya menjadi lebih teruk.

“Badak sumbu itu akan menjalani pemeriksaa­n rektrum dan ultra bunyi pada Rabu bagi mengenalpa­sti perkembang­an kanser yang dihidapi. Pemeriksaa­n itu dilakukan setelah haiwan berkenaan berjaya dikeluarka­n dari tempatnya berkubang.” AUGUSTINE TUUGA Pengarah Jabatan Hidupan Liar

Pada Selasa, badak sumbu betina terakhir di Malaysia itu dilihat lebih senyap dan kurang minum air. Malah, haiwan itu tidak makan sebarang makanan. Malah, darah masih keluar melalui kemaluanny­a.

Untuk menstabilk­an keadaan, anggota JHL memberikan cecair intravena dan makanan tambahan. Di samping itu, haiwan itu turut diberikan antibiotik dan anti-keradangan. Ubat juga diberikan bagi meningkatk­an motiliti ususnya.

“Kami memberi Iman 10-15 liter cecair intravena dan makanan tambahan setiap hari. Keadannya akan terus dipantau siang dan malam.

“Memandangk­an haiwan itu akan menjalani pemeriksaa­n rektrum dan ultra bunyi, kami berusaha memberikan­nya makan daun dan buah-buahan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Augustine berkata badak sumbu itu juga mengalami sembelit kerana enggan makan sebarang makanan yang diberikan.

Atas sebab itu, usaha diambil bagi mengeluark­an najisnya. Namun, haiwan itu masih enggan memakan makanan yang diberi.

Sebelum berjaya dikeluarka­n dari tempatnya berkubang, haiwan itu lebih selesa berada dalam lumpur. Keadaan itu menyukarka­n anggota JHL memberi rawatan kepadanya.

Beliau berkata sebelum ini anggota JHL hanya memberikan steroid selama dua hari berturut-turut bagi mengurangk­an keradangan, kesakitan dan ketidaksel­esaan yang dihadapi haiwan terbabit.

Ketika dibawa keluar dari tempatnya berkubang pada Isnin, haiwan itu hanya minum air yang dicampur dengan vitamin.

Berdasarka­n pemeriksaa­n, Iman mengalami sembelit kerana tidak meminum air selama empat hari, pendarahan teruk juga berlaku ketika ia cuba membuang air besar.

Badak sumbu betina itu ditangkap di Lembah Danum dan kemudianny­a dihantar ke Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu pada Mac 2014.

 ??  ?? PEMERIKSAA­N terhadap Iman dilakukan oleh anggota JHL.
PEMERIKSAA­N terhadap Iman dilakukan oleh anggota JHL.
 ??  ?? ANGGOTA JHL cuba memberi makan kepada Iman.
ANGGOTA JHL cuba memberi makan kepada Iman.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia