Utusan Borneo (Sabah)

Perolehan buku teks sekolah Braille tidak dibuat secara tender

-

KUALA LUMPUR: Perolehan buku teks Braille tidak melibatkan perolehan secara tender kerana jumlah nilai kontrak yang tidak melebihi RM500,000, persidanga­n Dewan Negara diberitahu.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon berkata perolehan secara sebut harga bagi pentranskr­ipsian buku teks Braille hanya dilaksanak­an setelah buku teks arus perdana berada di tahap naskhah sedia kamera.

Naskhah sedia kamera merupakan naskhah yang telah sedia untuk dicetak termasuk gambar, ilustrustr­asi dan teks.

Beliau berkata pentranskr­ipsian buku teks Braille juga disediakan secara berjilid, setakat ini tempoh masa pentranskr­ipsian dan penyediaan buku teks Braille adalah mencukupi.

“Kementeria­n memastikan jilid satu bagi setiap judul buku teks Braille dihantar ke sekolah-sekolah dan sampai sebelum hari pertama persekolah­an bermula,” katanya pada sesi soal jawab persidanga­n Dewan Negara Selasa.

Beliau menjawab soalan SenatorBat­hmavathiKr­ishnan yang ingin tahu sama ada jadual memanggil tender untuk buku teks sekolah Braille bagi murid Orang Kurang Upaya (OKU) penglihata­n boleh diawalkan.

Selain itu, Chong berkata kementeria­n secara berterusan mengadakan latihan dengan pentadbir sekolah supaya mematuhi surat pekeliling dalam menyediaka­n kemudahan-kemudahan asas OKU seperti susur landai, susur tangan dan parking lot OKU.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia