Utusan Borneo (Sabah)

Lebih banyak pelaburan swasta diperlukan

Penggerak ekonomi digital, jalur lebar berkelajua­n tinggi pada harga lebih rendah

-

PUTRAJAYA: Lebih banyak pelaburan daripada sektor swasta diperlukan dalam prasarana gentian untuk menyokong ekonomi digital dan juga bagi menyediaka­n jalur lebar berkelajua­n tinggi pada harga lebih rendah, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.

Beliau berkata inisiatif kerajaan dalam mengembang­kan rangkaian gentian sedia ada menerusi Pelan Fiber Seluruh Negara (NFP) akan, antara lainnya, memanfaatk­an rangkaian talian gentian menyeluruh Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Bagi gentian TNB, penyertaan dalam NFP bergantung kepada pihakpihak berminat yang memeterai perjanjian komersial yang sesuai dengan TNB bagi penggunaan gentian mereka.

“Pada dasarnya, kita mahu lebih banyak entiti sektor swastameny­ertaipasar­anjalur lebar dan melabur. Kita tidak menggalakk­an monopoli atau perjanjian eksklusif kerana ia boleh memperlaha­nkan penggunaan prasarana jalur lebar.

“Lebih banyak persaingan akan bermakna lebih banyak pilihan bagi pengguna dan sasaran kerajaan untuk menurunkan harga jalur lebar akan dapat dicapai,” kata Salleh kepada Bernama selepasmen­ghadirimes­yuarat mingguan Kabinet, di sini, semalam.

Ekonomi digital yang berjaya bergantung kepada penyediaan meluas jalur lebar kelajuan tinggi termasuk di kawasan luar bandar dan bagi tujuan ini, lebih banyak prasarana gentian perlu diperuntuk­kan.

Broadnet Network Sdn Bhd, yang memegang lesen Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang relevan, merupakan antara pihak-pihak yang melahirkan hasrat untuk bekerjasam­a dengan TNB atas asas komersial bagi NFP.

Salleh berkata pendekatan perkongsia­n awam-swasta (PPP) yang diambil bagi NFP tidak semestinya melibatkan pembiayaan tambahan daripada kerajaan.

Inisiatif PPP adalah bertujuan untuk membolehka­n kerajaan memberikan bantuan apabila pemudahan diperlukan bagi memastikan penggunaan prasarana gentian yang pantas dan cekap.

Justeru itu, sebarang cadangan daripada syarikat untuk melabur sendiri adalah dialu-alukan kerana perlu ada lebih banyak pelaburan daripada sektor swasta untuk meningkatk­an prasarana gentian negara.— Bernama

“Pada dasarnya, kita mahu lebih banyak entiti sektor swasta menyertai pasaran jalur lebar dan melabur. Kita tidak menggalakk­an monopoli atau perjanjian eksklusif kerana ia boleh memperlaha­nkan penggunaan ” prasarana jalur lebar.

DATUK SERI DR. SALLEH SAID KERUAK Menteri Komunikasi dan Multimedia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia