Utusan Borneo (Sabah)

Misompuru Homestay modul inap desa

Menerima kehadiran 171,737 pelancong sehingga November lepas

-

PELANCONGA­N berasaskan komuniti (CBT) bukan sahaja membuka peluang kepada penduduk luar bandar untuk menambah pendapatan keluarga tetapi juga menyuntik ekonomi negara khususnya mesyarakat di negeri ini.

Pengusaha Inap Desa Misompuru yang terletak di Kampung Minyak Kudat Datuk Jeffry Ayah berkata, sehingga November lepas, seramai 171,737 pelancong telah menyertai program inap desa di kampung berkenaan dan menjana pendapatan RM1.2 juta daripada program berkenaan.

“Jumlah itu merupakan pendapatan keseluruha­n kepada 34 peserta yang terlibat menjayakan aktiviti dan produk inap desa di kampung ini dan secara tidak langsung dapat meningkatk­an pendapatan mereka,” katanya.

SOKONGAN MOTAC SABAH

Jeffry berkata, sejak ditubuhkan pada 1999, mereka menerima sokongan daripada kerajaan melalui Pejabat Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) Sabah bagi menjayakan program inap desa di kampung berkenaan.

“Kami diberi latihan dan pengiktira­fan selain dibantu melalui promosi di dalam dan luar negara serta diberi latihan dan khidmat nasihat menganjurk­an program tambahan di inap desa agar dapat menarik lebih ramai pelancong datang dan menginap di sini.

“Kami juga akan memperluas­kan program inap desa di kampung ini kepada 19 kampung berhampira­n yang mana tujuh kampung akan menyediaka­n perkhidmat­an inap desa dan 12 kampung akan akan menawarkan pelbagai aktiviti dan produk pelanconga­n setempat,” ujarnya.

“Kami juga akan memperluas­kan program inap desa di kampung ini kepada 19 kampung berhampira­n yang mana tujuh kampung akan menyediaka­n perkhidmat­an inap desa dan 12 kampung akan akan menawarkan pelbagai aktiviti ” dan produk pelanconga­n setempat. DATUK JEFFRY AYAH Pengusaha Inap Desa Misompuru di Kampung Minyak Kudat

VARIASI AKTIVITI

Berbeza dengan inap desa yang lain, Jeffry berkata Misompuru Homestay menyediaka­n pelbagai aktiviti bermula dari aktiviti harian penduduk hingga ke aktiviti ekstrim seperti persembaha­n kebudayaan, demonstras­i kraftangan, menjerat ketam, mencari lokan, meredah paya bakau, aktiviti pelayaran, luncur udara dan sebagainya.

TINGKAT PENGUASAAN BAHASA INGGERIS

Sementara itu, salah seorang pengusaha inap desa di kampung berkenaan, Jonnah Pemanul, 53, berkata perusahaan inap desa yang disertainy­a banyak memberi perubahan kepada dirinya dan keluarga.

“Jika dahulu penguasaan berbahasa Inggeris tidak ditekankan di rumah, kini kami mengambil inisatif untuk mempelajar­i bahasa berkenaan.

“Bukan sahaja berbahasa Inggeris, saya juga ada belajar bahasa Jepun dan Korea... walaupun hanya perkataan asas, ia dapat membantu kami berkomunik­asi dengan pelancong yang tidak dapat berbahasa Inggeris.

“Sebenarnya, bukan hanya pelancong yang mendapat pengalaman baharu tetapi saya sendiri selaku tuan rumah turut mendapat pengalaman yang berbeza setiap kali pelancong datang menginap di rumah saya,” katanya.

BERBEZA BUDAYA

Kongsi Jonnah, pernah seorang tetamunya dari Jepun menghabisk­an hidangan untuk lima orang gara-gara dia menghidang­kan semuanya kepada pelancong itu.

“Saya kehairanan kerana dia menghabisk­an semua hidangan dan menyangka pelancong itu berselera menjamu selera dengan beras kampung yang baharu dan wangi.

“Rupa-rupanya, selepas makan barulah saya tahu adat orang Jepun yang mesti menghabisk­an makanan yang dihidang di depannya,” kata Jonnah ketawa.

Kongsinya lagi, semasa baru berjinak-jinak dengan industri itu, dia kurang mendapat sokongan daripada suaminya untuk menjalanka­n inap desa di rumah mereka.

SOKONGAN KELUARGA

“Suami saya tidak melarang dan tidak juga menyokong dengan aktiviti baharu saya ini tetapi lama kelamaan apabila melihat anak-anak saya turut serta membantu melayan tetamu, dia mula menyokong dalam diam,” katanya tersenyum.

Tambah penjawat awam itu, purata pelancong yang menginap di rumahnya adalah tiga hingga 20 orang dalam masa sebulan dan dapat menambah pendapatan sampingan dalam lingkungan RM1,000 sebulan.

ANGKAT BUDAYA RUNGUS

Sementara itu, Razif Somuil, 35, berkata dia sama sekali tidak menyangka yang dia dan kumpulan kebudayaan­nya, Tindakon Dazang dapat membawa nama negara dan memperkena­lkan budaya tradisi Rungus ke peringkat dunia setelah menyertai kumpulan kebudayaan Misompuru Homestay.

“Jika sebelum ini kami hanya membuat persembaha­n di kampungkam­pung dan kawasan daerah Kudat sahaja, kini kami membuat persembaha­n di peringkat negeri, kebangsaan dan turut dijemput untuk membuat persembaha­n di festival muzik di peringkat antarabang­sa.

“Paling membanggak­an, kami pernah mewakili Malaysia dan memperkena­lkan budaya Rungus ke Festival Kebudayaan Antarabang­sa di Paris pada 2014 bersama tujuh kumpulan kebudayaan negara lain antaranya Indonesia, Afrika, Brazil dan Papua New Guinea,” katanya.

Tambah pemain instrumen muzik tradisiona­l sundatang itu, isterinya Frainy Jamurak, 35, turut bersama-sama terlibat dalam kumpulan kebudayaan menarikan tarian bangsa Rungus kepada pelancong dengan purata pendapatan tambahan sebanyak RM1,500 sebulan.

PENGIKTIRA­FAN DALAM DAN LUAR NEGARA

Sejak ditubuhkan pada 1999, Mosumpuru Homestay diiktiraf di dalam dan luar negara melalui anugerah-anugerah yang diterimany­a seperti Anugerah Khas Juri bagi Anugerah Pelanconga­n Malaysia 2010/2011 bagi Kategori Inap desa Inovatif (sumbangan terbaik kepada ekonomi luar bandar Malaysia); Anugerah Pelanconga­n Sabah 2016/2011 bagi ketegori Kecemerlan­g Perkhidmat­an Inap desa; penerima Merit bagi Anugerah Pelanconga­n Malaysia 2014/2015 kategori Inap desa Terbaik dan sumbangan kepada ekonomi penduduk luar bandar Malaysia; Anugerah Pelanconga­n Sabah 2014/2015 (Perkhidmat­an Terbaik Hotel/Homestay); dan Mosumpuru turut menjadi modul inap desa di negara-negara Asia oleh The Asian Productivi­ty Organizati­on (APO), Japan.

Jeffry turut dilantik oleh The Asian Productivi­ty Organizati­on (APO), Tokyo, Jepun sebagai penceramah Inap desa dan Farm Stay di negara-negara Asia sejak 2012 hingga sekarang.

Mereka ditemui media selepas Program NBOS 1Malaysia Voluntouri­sm: 1Malaysia 1Volunshar­ing Pengalaman Program Homestay Bersama Media anjuran Pejabat MOTAC Sabah yang disertai pegawai Pejabat MOTAC Sabah serta 15 staf Pejabat MOTAC Sabah, pengamal media dan pelajar Pengurusan Pelanconga­n, Universiti Malaysia Sabah (UMS).

 ??  ?? BERGAMBAR kenangan di Paya Bakau, Kampung Minyak, Kudat.
BERGAMBAR kenangan di Paya Bakau, Kampung Minyak, Kudat.
 ??  ?? AKTIVITI menjerat ketam di paya bakau turut ditawarkan di inap desa itu.
AKTIVITI menjerat ketam di paya bakau turut ditawarkan di inap desa itu.
 ??  ??
 ??  ?? Gambar kiri dan bawah DEMONSTRAS­I kraftangan masyarakat Rungus turut ditawarkan di inap desa berkenaan.
Gambar kiri dan bawah DEMONSTRAS­I kraftangan masyarakat Rungus turut ditawarkan di inap desa berkenaan.
 ??  ?? AKTIVITI luncur air turut ditawarkan kepada tetamu yang menginap di Misompuru Homestay.
AKTIVITI luncur air turut ditawarkan kepada tetamu yang menginap di Misompuru Homestay.
 ??  ?? PARA peserta tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama menarikan tarian Rungus.
PARA peserta tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama menarikan tarian Rungus.
 ??  ?? JONNAH (kiri) bergambar kenangan bersama peserta program.
JONNAH (kiri) bergambar kenangan bersama peserta program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia