Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat diminta beri kerjasama

-

SANDAKAN: Masyarakat anak negeri di DUN Sukau yang sebahagian daripadany­a menduduki kawasan Tanah Perumahan Rizab Anak Negeri (TRPAN) Sekang diminta memberikan kerjasama padu kepada pihak kerajaan yang membuat siasatan terperinci berhubung kedudukan tanah anak negeri di kawasan itu.

Ketua Anak Negeri Kinabatang­an Awang Ahmad berkata, mereka bukan saja harus memberikan maklumat lengkap berhubung pembabitan mereka yang sekian lama menduduki kawasan berkenaan, tetapi juga menyerahka­n bukti lengkap termasuk MyKad dan surat lahir untuk mengetahui status penduduk asal rakyat berkenaan.

“Jangan jadikan kakitangan (agensi terlibat) keliru dan berteka teki terhadap kehadiran mereka di kawasan itu. Jika memang mereka mempunyai hak untuk menduduki kawasan ini, sila berikan kerjasama dan bukti berkenaan,” katanya ketika menyampaik­an taklimat ringkas kepada masyarakat Sukau yang sedang mendiami kawasan TRPAN berkenaan.

Taklimat ringkas itu disampaika­n di hadapan rombongan kakitangan kerajaan melibatkan Mahkamah Anak Negeri Sandakan, Jabatan Tanah dan Ukur Sandakan, Majlis Perbandara­nSandakanm­elakukan siasatan inventori di kawasan Tanah Rizab Anak Negeri Sekang, dalam kawasan DUN Sekong, di sini pada Isnin.

Katanya, kakitangan kerajaan terutama Pejabat Mahkamah Anak Negeri Sandakan mewakili DUN Sekong, turut bersamasam­a jabatan lain melakukan siasatan menyeluruh berhubung kedudukan kawasan tanah rizab berkenaan.

“Oleh itu, saya merayu supaya mereka memberikan kerjasama padu kepada Ketua Kampung SekangHami­dinHjAbdul­Rahman dan WKAN Haji Sablin Damshik yang diberikan tanggungja­wab membuat siasatan lengkap untuk kebaikan kawasan ini,” katanya.

Sementara itu, Sablin berkata dengan kerjasama dan keupayaan mengemaski­ni kedudukan kawasan tanah rizab itu, ia akan memberi kesan dalam melicinkan tanggungja­wab untuk menentukan kedudukan kawasan itu lebih teratur serta bakal mendapat kemudahan asas yang sempurna daripada kerajaan.

Beliau mengakui mempunyai maklumat bahawa sebahagian kawasan itu turut didiami oleh masyarakat bumiputera mewakili DUN Sukau sejak TRPAN itu dicadangka­n kerajaan lebih 20 tahun lalu.

“Tetapi siasatan perlu diperincik­an bagi mempastika­n tidak ada pihak yang menyalahgu­nakan kuasa dan mengambil kesempatan,” katanya.

Sablin juga memberikan amaran, jika ada penduduk bumiputera yang menyalahgu­nakan kepentinga­n mereka terutama membawa ‘orang asing’ menduduki kawasan itu, maka pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mengusir mereka dari kawasan itu.

“Ini sesuai dengan amanah yang diberikan kepada kami oleh Adun Sekong Datuk Samsudin Yahya yang mahu kami menjayakan tugas ini,” katanya.

Hamidin ketika menyampaik­an ucapan ringkasnya mahukan kerjasama penduduk dengan sedia melaporkan sebarang keperluan dan masalah berkaitan kawasan itu, tanpa menggunaka­n khidmat pihak lain.

“Sebagai salah seorang pemegang amanah yang dipertangg­ungjawabka­n oleh kerajaan, biarlah sebarang maklumat itu disampaika­n kepada saya sebelum saya sampaikan kepada pihak kerajaan, demi menjaga kebaikan kawasan ini,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN yang hadir merakamkan gambar kenangan sempena lawatan inventory di kawasan TRPAN Sekang dalam DUN Sekong.
SEBAHAGIAN yang hadir merakamkan gambar kenangan sempena lawatan inventory di kawasan TRPAN Sekang dalam DUN Sekong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia