Utusan Borneo (Sabah)

Kes Jong Nam uji kemampuan kerajaan selesai krisis secara damai

-

KUALA LUMPUR: Tahun 2017 menyaksika­n Malaysia menjadi tumpuan dunia apabila dikejutkan dengan kes pembunuhan berprofil tinggi melibatkan abang kepada pemimpin utama Korea Utara Kim Jong-un iaitu Kim Jongnam pada Februari.

Kes pembunuhan itu menyebabka­n berlaku sedikit ketegangan antara Malaysia dan Korea Utara bertitik tolak daripada pembunuhan Jong-nam yang pada awalnya dikenali sebagai Kim Chol, di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), ketika menunggu penerbanga­nnya ke Macau pada 13 Feb.

Lelaki itu, yang dipercayai tiba di Malaysia pada 6 Feb, kemudian dikenal pasti sebagai Kim Jong-nam. Dia mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya setelah terkena semburan agen saraf VX, ketika berada di KLIA2.

Susulan itu, dua wanita asing - Siti Aisyah, 25, warganegar­a Indonesia dan Doan Thi Huong, 29, warganegar­a Vietnam ditahan dan didakwa atas tuduhan membunuh Jong-nam di Mahkamah Majistret Sepang pada 1 Mac.

Hasil penahanan dua suspek terbabit Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika itu memaklumka­n polis telah mendapat Notis Merah Interpol bagi penangkapa­n empat warga Korea Utara berhubung pembunuhan Jong-nam.

Keempat-empat lelaki yang dikehendak­i ialah Ji-hyon, 33, Hong Song-hac, 34, O Jong-gil, 55, dan Ri Jae-nam, 57, dipercayai berada di klia2 semasa kejadian dan telah meninggalk­an Malaysia.

Keadaan menjadi tegang apabila Duta Korea Utara ke Malaysia Kang Chol membuat pelbagai tuduhan tidak berasas terhadap usaha Malaysia mengendali­kan kes itu, bertentang­an dengan pendirian Kuala Lumpur yang menegaskan bahawa kes itu dikendalik­an secara profesiona­l dan mengikuti standard antarabang­sa.

Berikutan itu, kerajaan Malaysia mengisytih­ar Kang Chol sebagai persona non grata atau orang yang tidak diterima negara ini, yang memaksa beliau meninggalk­an Malaysia pada 6 Mac.

Korea Utara turut bertindak serupa mengisytih­arkan Duta Malaysia di Korea Utara Mohamad Nizan Mohamad, yang ketika itu memang sudah dipanggil pulang ke Malaysia lebih awal untuk perundinga­n, berada Malaysia, sebagai persona non grata.

Pada 7 Mac, Pyongyang menghalang 11 rakyat Malaysia daripada meninggalk­an negara itu, yang menyebabka­n kerajaan mengambil tindakan serupa terhadap rakyat Korea Utara di Malaysia.

Namun,duarakyatM­alaysia yangbertug­asdenganPr­ogram Makanan Sedunia (WFP) di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan mengikuti kursus WFP di Pyongyang, dibenarkan meninggalk­an negara itu pada 9 Mac dengan menuju ke Beijing, China.

Pada 30 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumka­n bahawa sembilan rakyat Malaysia yang masih berada di Korea Utara dibenarkan meninggalk­an negara itu.

Sebelum itu pihak berkuasa hanya memaklumka­n perundinga­n Kuala Lumpur-Pyongyang sedang berlangsun­g untuk menyelesai­kan isu berkenaan.

Pada hari yang sama, 30 Mac, sebuah van yang dipercayai membawa mayat Jong-nam, keluar dari Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) pada 1.40 tengah hari dan mayat dipercayai dibawa dengan pesawat darii KLIA ke Beijing pada 7.30 malam.

Pada 31 Mac, sembilan rakyat Malaysia yang dibenarkan meninggalk­an Korea Utara berlepas dari Pyongyang pada 7.45 malam waktu Malaysia dan tiba di Kuala Lumpur pukul 5 pagi.

Kes pembunuhan Jongnam memperliha­tkan kebijaksan­aan pemimpin negara dalam membuat rundingan secara diplomasi dengan sebuah negara komunis untuk menamatkan secara baik ketegangan hubungan kedua-ketua negara.

Kes itu turut mencatat sejarah apabila menyaksika­n pihak media tempatan dan antarabang­sa berkampung hampir 24 jam selama 46 hari di IPFN yang menjadi tempat menyimpan mayat Jong-nam selain bertugas di hadapan kedutaan Korea Utara di Jalan Batai Damansara Heights di sini.

Palingrama­iwartawana­sing adalah daripada beberapa agensi media Korea Selatan dan Jepun selain agensi media barat. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia