Utusan Borneo (Sabah)

Tanah runtuh, lima sekeluarga diarah pindah

-

MIRI: Lima sekeluarga diarahkan berpindah ke tempat lebih selamat selepas rumah mereka di Jalan Sukong Kampung Tunku Abdul Rahman Lambir terjejas dalam kejadian tanah runtuh petang kelmarin.

Pegawai Pertahanan Awam Miri Kapten (PA) Mohd Hazle Shah Abdul Hamid berkata, kejadian berlaku sekitar jam 3.40 petang akibat mendapan tanah setelah hujan berlarutan daripada tengah malam Isnin hingga petang Selasa.

“Semasa pemantauan dibuat, rumah mangsa dikosongka­n sebelum keadaan menjadi bertambah teruk.

“Keadaan tanah masih aktif menggelong­sor disebabkan keretakan besar di belakang rumah mangsa,” katanya dalam kenyataan kepada media semalam.

Difahamkan tiada kemalangan jiwa berlaku, namun dua khinzir milik keluarga tersebut terheret dalam tanah runtuh lalu tertimbus di cerun curam.

Seramai tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) diketuai Prebet (PA) Fildatul Akmar Julibergeg­askelokasi­kejadian kelmarin bagi menjalanka­n pemantauan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I (PgKB I) Law Poh Kiong berkata, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri turut bergegas ke lokasi kejadian bagi meninjau keadaan.

“Bagi memastikan keselamata­n kawasan berkenaan, bomba telah memasang sawar sekeliling kawasan tanah runtuh bagi mengelak orang ramai berada di lokasi berkenaan.

“Penghuni terjejas buat masa ini tinggal sementara bersama keluarga yang tinggal berdekatan,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN belakang sebuah rumah yang terjejas kejadian tanah runtuh.
KEADAAN belakang sebuah rumah yang terjejas kejadian tanah runtuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia