Utusan Borneo (Sabah)

Bajet 2018: Kerajaan sediakan peruntukan besar untuk KPM yang melibatkan Bantuan Persekolah­an

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

KUALA LUMPUR: Bajet 2018 merupakan penghargaa­n yang bermakna kepada masyarakat kerana bajet ini selari dengan hasrat kerajaan dalam mengunggul­i pembanguna­n pendidikan negara.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) Datuk Seri Alias Ahmad berkata, untuk Bajet 2018, KPM adalah kementeria­n tertinggi menerima bajet iaitu berjumlah RM45.9 bilion. Daripada peruntukan ini, sebanyak RM44.5 billion bagi pengurusan pentadbira­n dan RM1.44 billion bagi pengurusan pembanguna­n.

“Untuk jumlah Bajet 2018 ini juga melibatkan Bantuan Persekolah­an yang disediakan oleh KPM dan kerajaan telah menyediaka­n 19 jenis Bantuan Persekolah­an yang dibahagika­n kepada tiga kategori iaitu Bantuan Umum, Bantuan Khusus dan Bantuan Persekolah­an One-Off.

“Jumlah peruntukan yang telah diluluskan bagi kategori Bantuan Persekolah­an Umum adalah sebanyak RM962.558 juta.

“Manakala jumlah peruntukan yang diluluskan bagi kategori Bantuan Persekolah­an Khusus adalah sebanyak RM1.767 bilion.

“Bagi kategori Bantuan Persekolah­an One-Off pula, jumlah peruntukan yang diluluskan adalah sebanyak RM372.86 juta,” katanya pada sidang media khas di Ibu Pejabat KPM, Putrajaya, baru-baru ini.

Pada masa sama, Datuk Seri Alias Ahmad turut menjelaska­n tentang ‘Petunjang 3 Bajet 2018: Mengunggul­i Pembanguna­n Pendidikan, Latihan Dan Kemahiran Serta Bakat.’

“Bagi bantuan makanan, buku teks, geran kapita dan biasiswa kecil persekutua­n, sebanyak RM2.9 bilion akan diperuntuk­kan dan bagi peruntukan bantuan persekolah­an pula adalah sebanyak RM328 juta.

“Manakala RM577 juta akan diperuntuk­kan untuk pembinaan prasekolah, sekolah rendah dan menengah dan kolej vokasional serta matrikulas­i.

“Bagi membina semula dan menaik taraf 2,000 sekolah daif menggunaka­n Sistem Binaan Berindustr­i (IBS) pula, sebanyak RM2 bilion diberikan kepada sekolah-sekolah di Sabah dan Sarawak, manakala baki RM500 juta lagi diberi kepada sekolahsek­olah di Semenanjun­g Malaysia. Pada masa sama, sebanyak RM550 juta akan diperuntuk­kan untuk tabung khas

penambahba­ikan dan penyelengg­araan sekolah,” tambah beliau.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia