Utusan Borneo (Sabah)

Bijak berbelanja sempena perayaan: Jainab

KPDNKK senarai 13 barangan harga kawalan sempena Krismas

- Oleh SADDAM EDRIS

PENAMPANG: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) menyenarai­kan 13 jenis barangan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bersempena Krismas yang akan disambut 25 Disember ini.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, skim yang akan dilaksanak­an bermula 23 hingga 27 Dis adalah di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan (AKHAP) 2011.

“Senarai barangan harga terkawal termasuk ayam hidup, ayam standard, ayam super, ayam belanda import, kepak ayam, daging kambing Import bertulang atau Biri- Biri Import bertulang.

“Barangan lain termasuk telur ayam gred A, telur ayam gred B, telur ayam gred C, tomato, lada benggala hijau, babi hidup, daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak),” katanya ketika ditemui semasa pelancaran Skim Kawalan Harga Barang Musim Krismas, di sini pada Sabtu.

Tambah Jainab, penentuan harga maksimum pengeluar, borong dan runcit dibuat mengikut kewajaran dan kesesuaian yang bertujuan memastikan harga yang ditentukan berpatutan dalam rantaian pengedaran bagi manfaat pengguna dan peniaga.

Selain itu beliau berkata, peniaga diwajibkan menjual barang harga kawalan tidak melebihi harga maksimum yang ditentukan oleh kerajaan dan meletakkan tanda harga khas bewarna merah jambu ke atas barangan kawalan bagi membezakan dengan barangan lain.

Katanya, peniaga yang gagal mematuhi peraturan akan dikenakan tindakan tegas melalui skim itu di bawah AKHAP 2011.

“Individu yang melakukan kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum yang ditentukan boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarak­an tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.

“Bagi syarikat yang melakukan kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum yang ditentukan boleh didenda sehingga RM500,000 atau kompaun sehingga RM250,000,” katanya.

Tambahnya, individu atau peniaga yang gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal boleh didenda sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000, manakala bagi syarikat, didenda sehinggaRM­20,000ataudik­ompaun hingga RM10,000.

Justeru, beliau menyeru masyarakat khususnya pengguna supaya bijak berbelanja sempena musim perayaan ini sekaligus melapor kepada KPDNKK atau Tribunal sekiranya mendapati peniaga yang cuba mengambil kesempatan.

Sementara itu, Ketua Pengawai Penguatkua­saan KPDNKK Sabah Yahya Sujak berkata, setakat ini, belum ada sebarang laporan dan tindakan dikenakan kepada peniaga yang melakukan kesalahan di bawah AKHAP 2011 sempena menyambut perayaan Krismas ini.

Meskipun begitu katanya, pihaknya akan terus menjalanka­n pemeriksaa­n dan pemantuan di setiap lokasi berkaitan dari semasa ke semasa bagi memastikan hak pengguna sentiasa terpelihar­a.

“Penentuan harga maksimum pengeluar, borong dan runcit dibuat mengikut kewajaran dan kesesuaian yang bertujuan memastikan harga yang ditentukan berpatutan dalam rantaian pengedaran bagi manfaat pengguna dan peniaga. ”

DATUK JAINAB AHMAD AYID Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna

 ??  ?? JAINAB (dua, kanan) bersama Yahya (kanan) ketika meninjau salah satu barang harga kawalan sempena Krismas di salah satu pasaraya di sini pada Sabtu.
JAINAB (dua, kanan) bersama Yahya (kanan) ketika meninjau salah satu barang harga kawalan sempena Krismas di salah satu pasaraya di sini pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia