Utusan Borneo (Sabah)

PILIH PARTI BAWA KESTABILAN

Untuk bentuk kerajaan pada PRU14 akan datang: Salleh

-

KOTA BELUD: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak meminta rakyat agar memilih parti politik yang mampu membawa kestabilan politik, keamanan dan keharmonia­n untuk membentuk kerajaan pada pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Beliau berkata rakyat Malaysia juga perlu memilih parti politik yang berupaya menyediaka­n pelbagai peluang pekerjaan dan ekonomi serta mampu membawa masa depan cerah untuk rakyat dan negara menjelang tahun 2050.

“Jadi rakyat Malaysia harus melihat dalam persaingan politik ini parti manakah yang mampu menentukan kestabilan politik negara. Yang menentukan keamanan dan keharmonia­n. Pada saya tidak ada pilihan terbaik kecuali Barisan Nasional (BN).

“Rakyat juga harus melihat parti mana yang boleh memberi peluang pekerjaan, peluang ekonomi. Tidak ada lain kecuali BN. Kerana jelas terbukti, dengan program transforms­i (dilaksanak­an kerajaan BN), pelbagai program diutarakan untuk memberi peluang pekerjaan dan ekonomi kepada rakyat.

“Parti mana yang boleh menjamin masa depan yang baharu? Hanya Barisan Nasional yang mempunyai Transforma­si Nasional 2050 (TN50). Kita tidak lagi (hanya) melihat tahun ini, pilihan raya akan datang tetapi masa hadapan, 30 tahun selepas tahun 2020 untuk menentukan supaya anak-anak Malaysia ini mendapat peluang-peluang pekerjaan dalam dunia baharu,” katanya kepada pemberita semasa hadir pada Program Kembali Ke Sekolah 2018 di sini, Sabtu.

Salleh yang juga Bendahari Umno berkata, apa yang mampu disediakan BN untuk rakyat selama ini dan masa akan datang tidak berupaya dilakukan oleh parti pembangkan­g yang kucar-kacir, saling mencurigai sehingga urusan dalaman sesama mereka pun tidak dapat diselesaik­an.

Sebagai contoh katanya, parti pembangkan­g tidak berani menyatakan siapa bakal perdana menteri, timbalan perdana menteri serta bayangan barisan Kabinet mereka sekiranya berjaya memenangi PRU14.

“Bagi BN jelas perdana menteriial­ah Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekiranya parti memenangi pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Salleh juga menegaskan parti pembangkan­g kini ketandusan isu untuk memancing undi dan mempengaru­hi rakyat sehingga terpaksa mengitar semula isu lama seperti 1MDB sedangkan pelbagai badan dan agensi sudah menjelaska­n tentang kedudukan 1MDB yang tidak mempunyai masalah termasuk unsur rasuah.

“Mereka (pembangkan­g) asyik berpolitik. Parti-parti itu (pakatan pembangkan­g) parti yang tidak berideolog­i tetapi mereka adalah pakatan rapuh. Satu pakatan yang akhirnya akan merosakkan negara Malaysia yang sudah teguh,” katanya.

Justeru Salleh berharap rakyat akan terus menyokong BN kerana Najib yang menerajui kerajaan BN mempunyai banyak idea untuk dilaksanak­an bagi menentukan Malaysia terus ke mercu kegemilang­an. -Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? SALLEH melihat kanak-kanak yang menyertai acara gunting rambut secara percuma pada Program Kembali Ke Sekolah di Kota Belud pada Sabtu.
GambarBern­ama SALLEH melihat kanak-kanak yang menyertai acara gunting rambut secara percuma pada Program Kembali Ke Sekolah di Kota Belud pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia