Utusan Borneo (Sabah)

Kidball FC sertai Karnival Bola Sepak Scot 2017 di Sandakan

- 16 Kidball X sebelum perlawanan akhir.

KOTA KINABALU: Perjalanan enam jam dengan jarak 331.48 kilometer merentasi Gunung Kinabalu dari Kota Kinabalu ke Sandakan, tidak sedikitpun melunturka­n semangat.

Bagi 37 pemain Kelab Bola Sepak Kidball, Sekolah Kebangsaan Sri Gaya iaitu Sekolah Berprestas­i Tinggi, bersama lapan pegawai Pasukan Kidball FC, ia hanya permulaan kecil untuk berkelana serta menimba pengalaman pada Karnival Bola Sepak Scot 2017.

Kidball FC ditubuhkan pada tahun 2011 dan dilancarka­n secara rasminya oleh Pengarah Teknikal Program Pembanguna­n Bola Sepak Negara, Lim Teong Kim pada tahun 2014.

Ia merupakan sekolah pertama menjadi anak angkat Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Bandaraya Kota Kinabalu.

Presiden Kidball FC, Hashizan Hasbullah berkata, penyertaan berkenaan merupakan program pembanguna­n bola sepak akar umbi yang dirancang bagi memastikan pemain mendapat pendedahan dan menimba pengalaman.

Menurutnya, keputusan pertanding­an bukan keutamaan kerana peningkata­nkualitipe­rmainan dan mengenalpa­sti kelemahan untuk diperbaiki adalah objektif asas.

“Walaupun menyertai pertanding­an bawah umur 12 tahun, tetapi pemain yang ada dalam pasukan berusia 9 hingga 11 tahun sebagai persediaan untuk kejohanan pada tahun depan.

“Pada kali ini, pengurusan Kidball FC turut membawa bersama pasukan bawah 16 tahun yang dinamakan sebagai Kidball X yang dianggotai bekas-bekas pelajar SK Sri Gaya dan pemain-pemain Kidball sejak tahun 2011.

“Pasukan Kidall X ini merupakan kesinambun­gan program pembanguna­n bola sepak yang telah dirancang dan kita mahu melihat keberkesan­an usaha tersebut,” jelas beliau.

Ketua Jurulatih Kidball FC bawah 12 tahun, Musa Abd Rahman memberitah­u penyertaan Kidball FC pada karnival bola sepak Scot merupakan pendedahan dan pengalaman berharga untuk pemain dan jurulatih terlibat.

Katanya, pertanding­an itu sebagai persiapan awal bagi memastikan Kidball FC dapat memberi saingan dan menjuarai kejohanan bola sepak sekolah-sekolah peringkat zon pada tahun depan.

“Kita mensasarka­n kejuaraan Zon Tanjung Aru pada tahun depan. Oleh itu, kita membawa pemain

BAWAH

berusia 9 hingga 11 tahun untuk memberi keyakinan dan memastikan pemain mempunyai semangat perjuangan yang kental.

“Kita juga mencuba beberapa formasi dengan pemain-pemain yang berbeza untuk mencari keserasian pasukan dan mengenalpa­sti kelemahan sebagai persiapan awaluntukm­emperbaiki­nya,” kongsi Musa.

Beliau yang dibantu Johan Raus A Aziz sebagai Penolong Jurulatiht­urutmengin­gatkan pemain untuk terus mengekalka­n kecergasan dengan mengadakan latihan ringan dan memperbaik­i serta menguasai segala teknik asas bola sepak yang telah dipelajari.

Sementara itu, bagi pasukan bawah 16 tahun Kidball X yang dibimbing oleh Jaafar Mohd Yusuf sebagai Ketua Jurulatih dan Warman Wagiman sebagai penolong, berpuas hati dengan pencapaian mereka.

Dengan latihan tidak sampai sebulan, para pemain mempamerka­n kualiti permainan, keserasian serta semangat berpasukan yang tinggi.

Berada di kedudukan kedua dan Putra Danial Hasyim membolot Anugerah Pemain Terbaik dan Penjaring Terbanyak merupakan pencapaian yang sangat membanggak­an.

Walaupun pemain-pemain dari beberapa buah sekolah di sekitar Kota Kinabalu dan Tenom, namun kekuatan ikatan persahabat­an semasa bersama di Sk Sri Gaya menjadi pemangkin kemantapan pasukan.

Sementara itu, pengurus pasukan, Othman Abdullah menyampaik­an penghargaa­n dan terima kasih kepada pengurusan sekolah dan ibu bapa terutamnya yang turut serta memberikan sokongan.

“Ini merupakan ramuan terbaik antara pihak sekolah dan ibu bapa dalam usaha membangunk­an bola sepak negara,” katanya.

Manakala, Guru Besar SK Sri Gaya, Alhazmi Abdullah menzahirka­n terima kasih kepada semua pemain dan ibu bapa yang terlibat samasama membantu menjayakan program pembanguna­n bola sepak Kidball ini.

Beliau yang juga penasihat Kidball FC mengharapk­an kerjasama sedia antara pasukan dan ibu bapa akan terus diperkukuh demi kemajuan bola sepak negara.-

 ??  ??
 ??  ?? HASHIZAN
HASHIZAN
 ??  ?? JELIUS
JELIUS
 ??  ?? KIDBALL X dan Budiman FA merakamkan gambar kenangan sebelum perlawanan akhir.
KIDBALL X dan Budiman FA merakamkan gambar kenangan sebelum perlawanan akhir.
 ??  ?? BAWAH 12 tahun sebelum aksi bermula.
BAWAH 12 tahun sebelum aksi bermula.
 ??  ?? PASUKAN bawah 12 dan 16 Kidball FC.
PASUKAN bawah 12 dan 16 Kidball FC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia