Utusan Borneo (Sabah)

Cabaran globalisas­i ujian bagi umat Islam seluruh dunia

-

MUKAH: Umat Islam seluruh dunia pada masa kini diuji dengan cabaran globalisas­i dunia tanpa sempadan.

Ahli Parlimen Mukah, Tan Sri Dr Muhammad Leo Toyad berkata penduduk di negara ini tidak terlepas daripada ujian sama ada bersifat dalaman mahupun luaran.

“Melalui dunia tanpa sempadan, maklumat diterima tanpa diselidik terlebih dahulu,” katanya pada Majlis Penangguha­n Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Mukah di Surau Darul Iman Kampung Tutus Hulu, di sini barubaru ini.

Menurutnya, ini menyebabka­n rakyat menerima berita tidak benar dan berunsur fitnah akhirnya menimbulka­n salah sangka.

Tambahnya, dengan komen-komen negatif berbaur perkauman dan menghina agama semakin banyak terpampang di media sosial dan perkara ini menimbulka­n bibitbibit perpecahan masyarakat berbilang kaum dan agama.

“Bagaimanap­un, dengan adanya ilmu keagamaan yang kuat dan teguh semua perkara negatif dapat ditepis,” katanya.

Justeru, beliau memberitah­u supaya umat Islam terus menghayati dan memahami bacaan ayat-ayat al-Quran sebagai panduan dan menjalani kehidupan harian.

Seramai sembilan orang peserta terdiri empat qari dan lima qariah memperdeng­ar bacaan masing masing.

Musa Basri muncul johan kategori qari manakala Rossli Ali dan Shazliniza­n Abdullah @ Kuri masing masing di tempat kedua dan ketiga.

Johan bagi kategori qariah disandang Meryam Bol manakala Rajemah Jair muncul naib johan dan Amena Semo @ Aminah Simo di tempat ketiga.

Turut hadir Pegawai Daerah Mukah Safri Saili, Setiausaha Majlis Daerah Dalat Mukah, Norhalimah Mohamad Hamni dan Pemanca Mohammad Jali Kawi.

 ??  ?? MUHAMMAD Leo (dua kanan) ketika menyampaik­an hadiah kepada johan qari pada majlis tersebut.
MUHAMMAD Leo (dua kanan) ketika menyampaik­an hadiah kepada johan qari pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia