Utusan Borneo (Sabah)

Najib ulangi jaminan tiada masalah Sarawak tuntut kembali hak MA63

-

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi jaminan kepada rakyat negeri ini bahawa beliau tidak ada masalah dengan Sarawak menuntut kembali haknya daripada Putrajaya.

Menurutnya, beliau amat komited untuk mendengar kemahuan dan keinginan rakyat Sabah dan Sarawak termasuk mendapatka­n hakhak yang terhakis di bawah Perjanjian Malaysia (MA63).

Bagaimanap­un, katanya, rundingan untuk tujuan itu tidak harus melebihi apa yang disifatkan sebagai ‘garis merah.’

“Sayapercay­auntukmenj­adi sebuah Malaysia yang kuat kita harus mengiktira­f hak orang Sarawak dan jika mereka menuntut hak mereka yang terhakis kita akan berikan saya tidak ada masalah dengan itu.

“Cuma dengan syarat tidak melebihi ‘garis merah’ iaitu pertamanya tiada cakap-cakap mengenai pemisahan (Sarawak dari Malaysia) dan keduanya Sarawak terus menyokong BN,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap merasmikan penutupan Persidanga­n Perwakilan Tritahunan (TDC) Ke-24 Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang dihadiri Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian di Ibu Pejabat SUPP di sini, Sabtu.

Najib yang juga Pengerusi BN Pusat menegaskan, jika terdapat sokongan berterusan kepada BN, tiada keperluan untuk beliau bimbang bagi memberi balik hak Sarawak yang terhakis.

“Kenapaperl­usayamenga­du jika hak-hak yang dituntut adalah untuk kebaikan negara,” katanya.

Beliau berkata, BN mempunyai agenda unggul yang bukan sahaja dirancang tetapi telah dibuktikan dengan disampaika­n kepada rakyat.

Sebagai contoh di Sarawak, katanya, pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo turut diberikan kepada kontraktor tempatan dengan pembiayaan daripada kerajaan pusat untuk manfaat rakyat negeri ini.

“Ini kerana saya mahu Sarawak membangun seimbang dengan yang lain dan ini juga membuktika­n kita tiada masalah kerjasama rapat antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri baharu kita,” tegasnya.

Pada majlis sama, Najib mengumumka­n sumbangan sebanyak 50 peratus dana daripada kerajaan persekutua­n untuk tabung pembiayaan mikro yang dikendalik­an SUPP.

Menurut beliau, ia sebagai pelengkap kepada sumbangan 50 peratus daripada kerajaan negeri kepada tabung yang dikenali Yayasan Kewangan Mikro Bandar Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia