Utusan Borneo (Sabah)

Mahkamah tarik balik larangan masuk Amerika ke atas pelarian

-

WASHINGTON: Seorang hakim persekutua­n AS kelmarin telah menarik balik larangan pentadbira­n Trump yang menghalang beberapa orang pelarian dari negara, yang terkini dalam satu siri tindakan perundanga­n berkaitan dengan imigresen terhadap presiden.

Amerika Syarikat menyatakan pada Oktober bahawa ia akan terus menerima pelarian selepas satu pengharama­n selama 120 hari diarahkan oleh Presiden Donald Trump tamat, namun segelintir – termasuk mereka dari 11 negara ‘berisiko tinggi’, kebanyakan adalah majoriti beragama Islam – adalah masih dilarang untuk memasuki AS.

Dalam keputusann­ya kelmarin, Hakim James Robart telah mengarahka­n pihak berkuasa Amerika untuk meneruskan memproses dan menerima yang dikenali sebagai pelarian “ikut untuk serta”, yang akan sekali lagi membenarka­n pasangan dan anak-anak kepada seorang pelarian yang belum berkahwin telah berada di negara ini untuk dimasukkan.

Serta beliau turut mengarahka­n bahawa pelarian “ikut untuk serta” dan “pelarian lain dengan satu hubungan bona fide kepada seorang atau entiti di dalam Amerika Syarikat” dari 11 buah negara “berisiko tinggi” diproses dan diserapkan juga.

Keputusani­tuadalahse­bagai respon kepada cadangan bagi injunksi peringkat awal yang difailkan dalam dua kes berasingan.

“Plaintif dalam keduadua kes adalah pelarian, yang mendapati diri mereka dalam keadaan teruk, anggota keluarga mereka yang ingin untuk disatukan semula dengan mereka, dan organisasi kemanusiaa­n yang mana misi asas mereka adalah untuk membantu pelarian mudah dipengaruh­i ini menetap semula di Amerika Syarikat,” Robart menulis dalam keputusann­ya.

“Plaintif dalam kedua-dua kes mengemukak­an kesan bagi bahaya yang tidak dapat dipulihkan disebabkan oleh tindakan agensi persekutua­n mengenai isu di sini.”

Cubaan Trump untuk mengharamk­an pelawat dari beberapa negara Islam telah berdepan dengan bantahan perundanga­n yang berjaya pada tahun ini.

Pengkritik menyatakan langkah-langkah oleh presiden mensasarka­n umat Islam, sementara pihak pentadbira­n Trump telah cuba untuk mengemukak­an sekatan yang bertujuan bagi menyokong keselamata­n. – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia