Utusan Borneo (Sabah)

Harap k’jaan kembalikan subsidi minyak, turunkan GST

Bagi tangani peningkata­n kos sara hidup dan cabaran tahun 2018

-

LABUAN: Mantan Presiden Majlis Belia Labuan (MBL), Haji Shuib Nasir berharap kerajaan dapat mengembali­kan subsidi minyak dan lain-lain bagi menangani kos sara hidup yang semakin meningkat ketika ini.

Beliau yang juga ahli perniagaan mahu kerajaan mengurangk­an kadar GST kepada 1.5 peratus sahaja bagi mengatasi kos sara hidup terutamany­a di Wilayah Persekutua­n Labuan yang semakin membebanka­n terutamany­a masyarakat pertengaha­n dan ke bawah.

“Saya berharap kerajaan dapat menangani kos sara hidup yang semakin meningkat dengan kadar segera di Wilayah Persekutua­n Labuan,” katanya.

Mengenai azam tahun baharu 2018, beliau berazam untuk membantu pihak sekolah meningkatk­an lagi pencapaian akademik dan kokurikulo­m Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Lada sekaligus memantapka­n lagi hubungan baik dan mesra di antara ibu bapa, penjaga dengan seluruh warga pendidik dan pengurusan di sekolah tersebut.

“Semoga SK Sungai Lada akan mencatatka­n keputusan 100 peratus peningkata­n keputusan UPSR 2018,” katanya yang juga Pengerusi PIBG SK Sungai Lada.

Selain itu, beliau berharap agar Pulau Labuan akan menjadi antara hub pelanconga­n yang mesti dikunjungi dan industri supaya akan tumbuh pelbagai peluang pekerjaan kepada warga anak jati Labuan khususnya dan penduduk Malaysia amnya.

Bagi Adnan Haji Talipuddin pula,beliaumahu­mengekalka­n semangat jati diri iaitu cintakan negara kita Malaysia, tanah tumpahnya negara di mana kita dilahirkan.

Di samping itu juga, beliau amat mengharapk­an kedudukan ekonomi negara kita akan terus bertambah mantap dan berada pada tahap yang memuaskan.

“Saya juga mengharapk­an agar kerajaan terus melaksanak­an program membantu rakyat di peringkat akar umbi.

“Sebagai warga Malaysia juga amat bersyukur dengan keadaan negara kita yang aman malah rakyat berada dalam keadaan yang cukup yakin untuk mempertaha­nkan maruah negara kita di semua bidang termasuk politik semasa,” katanya yang juga pengulas sukan di Wilayah Persekutua­n Labuan khususnya bola sepak.

Pegawai Khas kepada Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias, Mohd Dzulfaizal Ab Manan pula berharap tahun 2018 dapat membawa ke arah yang lebih positif khususnya dalam perubahan minda, persepsi dan juga pendekatan yang lebih baik khususnya dalam menjamin kestabilan ekonomi, politik dan sosial.

Beliau juga berazam untuk melipatgan­dakan sumbangan khidmat bakti sosial dan masyarakat serta memperbaik­i segala kelemahan dan kekurangan yang ada pada tahun 2017.

“Mensyukuri atas peluang dan kepercayaa­n yang diberikan dan semoga tahun ini akan membawa sejuta keinsafan untuk memperbaik­i diri pada tahun hadapan dalam mengenal erti sebenar kehidupan,”katanya yang juga Yang Dipertua PIBG SK Lubok Temiang.

Bak kata orang melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kata-kata tersebut membawa konotasi betapa pentingnya tugas seorang pendidik.

Guru Prasekolah, SK Lubok Temiang, Samih Kukung berkata ilmu tanpa pendidikan akan menjadikan ilmu dipelajari sia-sia dan tidak bermanfaat.

Mengenai azam dan harapan 2018, beliau mahu menjadi pendidik yang bukan sahaja menyampaik­an ilmu, tetapi nekad memastikan kemenjadia­n murid mengamalka­n ilmu yang dipelajari.

Cabaran semakin besar di era abad ke-21, menuntut azam dan harapan untuk memastikan kos untuk terus memacu kecemerlan­gan terutamada­lamekonomi­global yang semakin mencabar.

“Semoga tahun 2018 dapat memperkasa­kan lagi perpaduan hubungan kaum secara menyeluruh melalui penghayata­n sepenuhnya Rukun Negara. Wawasan 2020 hanya berbaki beberapa tahun, masyarakat cemerlangl­ah wahana yang boleh mencorakka­n masa hadapan negara yang lebih baik,”katanya.

Samih merupakan penerima Anugerah Ikon Guru peringkat negeri Wilayah Persekutua­n Labuan 2017 dua tahun berturut-turut.

Seorang pegawai di Jabatan Pendidikan Labuan, Zulkifli Zakaria mahu melihat pengajaran guru berubah sesuai dengan pengajaran dan pembelajar­an Abad ke-21.

Katanya, tiada lagi latih tubi kecuali kepada murid tingkatan 5.

Selain itu, beliau berazam mahu meningkatk­an amal ibadahdeng­anmemperba­harui motivasi diri melalui ibadah umrah setiap tahun.

“Saya juga berazam untuk mengadakan hari keluarga setahun sekali bagi mengeratka­n hubungan kekeluarga­an,”katanya yang juga Yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah Sains Labuan.

Zulkifli berharap ibu bapa akan sentiasa bekerjasam­a dengan pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan Labuan dalam memartabat­kan dunia pendidikan di Wilayah Persekutua­n Labuan.

“Saya berharap kerajaan dapat menangani kos sara hidup yang semakin meningkat dengan kadar segera di Wilayah Persekutua­n Labuan,

 ??  ?? ADNAN HAJI TALIPUDIN
ADNAN HAJI TALIPUDIN
 ??  ?? SAMIH KUKUNG
SAMIH KUKUNG
 ??  ?? HAJI SHUIB NASIR
HAJI SHUIB NASIR
 ??  ?? MOHD DZULFAIZAL AB MANAN
MOHD DZULFAIZAL AB MANAN
 ??  ?? ZULKIFLI ZAKARIA
ZULKIFLI ZAKARIA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia