Utusan Borneo (Sabah)

Karnival Havoc erat hubungan penduduk Lubok Temiang

Karnival Havoc eratkan hubungan penduduk Kampung Lubok Temiang

-

KARNIVAL Havoc Sekampung Lubok Temiang 2017 telah mengeratka­n hubungan baik yang sedia terjalin antara penduduk Kampung Lubok Temiang, Wilayah Persekutua­n Labuan. Program yang julung kalinya diadakan itu bukan sahaja untuk memenuhi kalendar dan penutup tahun 2017 tetapi juga merupakan ruang dan peluang untuk penduduk kampung beramah mesra. Ini kerana ada kalangan mereka yang berada di luar Labuan dan hanya dapat balik ke kampung halaman pada musim perayaan sahaja. “Karnival Havoc Sekampung Lubok Temiang 2017 dijadikan ruang dan peluang penduduk kampung beramah mesra kerana ramai dalam kalangan mereka jarang berada di kampung kerana urusan kerja mahupun keluarga,”kata Ketua Kampung Lubok Temiang, Nordin Ahmad ketika ditemui selepas program tersebut berakhir pada jam 5 petang. Karnival sehari itu dirasmikan oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli. Pelbagai acara sukan tradisiona­l diadakan bagi memberi peluang kepada kanak-kanak, belia dan veteran menyertain­ya. Antara acara tersebut ialah boling kelapa, timang takraw, merambat, make up serta sukaneka seperti istana pasir, tiup belon, menyumpit, makan epal, hula hoop, flit bottle, menyucuk manik, menganyam ketupat, makan roti, tendang bola, kurising, belon beracun, plastesin dan isi air dalam botol. Pada karnival itu, Blok Takalis muncul juara diikuti naib johan Blok Pulau, ketiga Blok Samja, ke-4 Blok Kubong, ke-5 Blok Tengah dan ke-6 Blok Banting. Blok Banting turut memenangi hadiah Kategori Khas Juri, Khemah Paling Havoc diraih Blok Takalis manakala peserta Blok Pulau membawa pulang hadiah Peserta Paling Havoc. Lebih 700 peserta menyertai karnival tersebut yang dianjurkan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Lubok Temiang. Peserta bukan sahaja menyertai pelbagai acara tetapi juga gembira membawa pulang hadiah cabutan bertuah. Rozman dalam ucapannya pula memuji langkah JKKK Lubok Temiang mengadakan program tersebut yang selari dengan hasrat kerajaan melahirkan rakyat yang sihat, cergas dan cerdas. Malah katanya, menerusi program tersebut, perpaduan dan persefaham­an serta kerjasama dalam kalangan penduduk Kampung Lubok Temiang dapat dijalinkan. “Saya sentiasa menyokong usaha Kampung Lubok Temiang mengadakan program yang mampu memyatupad­ukan rakyat bukan sahaja di kampung tetapi juga Labuan,”katanya. Rozman yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan melahirkan kesyukuran dan terima kasih kerana penduduk Lubok Temiang sentiasa menyokong dan memberikan komitmen terhadap program anjuran kerajaan selama ini. Sementara itu, penyelaras program, Wahidah Abdullah mengucapka­n terima kasih kepada semua peserta yang menjayakan Karnival Havoc Sekampung Lubok Temiang 2017. Beliau turut gembira kerana setiap blok berjaya menjadi penganjur acara yang diadakan sekaligus memberi peluang kepada mereka mengendali­kan acara dan berinterak­si dengan peserta lain. “Menerusi pertanding­an khemah pula dapat dilihat peserta bekerjasam­a mendirikan­nya sekaligus memupuk budaya hormat menghormat­i antara satu dengan yang lain,”katanya.

 ??  ??
 ??  ?? JOHAN Karnival Havoc Lubok Temiang dimenangi Blok Takalis (merah).
JOHAN Karnival Havoc Lubok Temiang dimenangi Blok Takalis (merah).
 ??  ?? ROZMAN dan Nordin bersama Blok Tengah yang menduduki tempat ke-5 (kuning).
ROZMAN dan Nordin bersama Blok Tengah yang menduduki tempat ke-5 (kuning).
 ??  ??
 ??  ?? TEMPAT ketiga diraih Blok Samja (hijau).
TEMPAT ketiga diraih Blok Samja (hijau).
 ??  ?? NAIB johan Blok Pulau (hitam) menerima hadiah daripada Nordin.
NAIB johan Blok Pulau (hitam) menerima hadiah daripada Nordin.
 ??  ?? BLOK Kubong menduduki tempat ke-4 (biru).
BLOK Kubong menduduki tempat ke-4 (biru).
 ??  ?? ACARA timang takraw disertai peserta belia dan veteran.
ACARA timang takraw disertai peserta belia dan veteran.
 ??  ?? BLOK Banting (ungu) yang menduduki tempat ke-6 merakam kenangan bersama Rozman dan Nordin.
BLOK Banting (ungu) yang menduduki tempat ke-6 merakam kenangan bersama Rozman dan Nordin.
 ??  ?? ROZMAN yang diiringi Nordin (kanan) melawat gerai setiap blok yang menyertai program tersebut.
ROZMAN yang diiringi Nordin (kanan) melawat gerai setiap blok yang menyertai program tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia