Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan digesa lihat dengan serius

Kos tambang penerbanga­n terutama dalam situasi kecemasan

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Kerajaan digesa untuk melihat dengan serius kos tambang penerbanga­n, terutamany­a dalam situasi kecemasan. Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Haji Almain Ajirul bersetuju dengan pendirian yang diambil oleh anggota Parlimen barubaru ini meminta kerajaan untuk menilai semula tambang penerangan tinggi di negara ini. “Ini terutama sekali semasa keperluan atau kecemasan apabila anda perlu terbang sertamerta dan tambang yang dikenakan adalah terlalu tinggi daripada harga biasa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Muafakat dan Silaturahi­m dengan anggota Jabatan Penerangan, Komuniti 1 Malaysia (K1M) Pedalaman Atas dan media di sebuah hotel di sini pada Rabu. Almain menyokong seruan kepada kerajaan untuk mengawasi kos penerbanga­n tinggi terutama bagi rakyat Sabah atau Semenanjun­g Malaysia apabila keadaan terdesak dan kecemasan di mana mereka tidak boleh mendapatka­n tambang murah. “Pada masa ini apabila anda menempah penerbanga­n anda secara dalam talian, tiket

“Ini terutama sekali semasa keperluan atau kecemasan apabila anda perlu terbang serta-merta dan tambang yang dikenakan adalah terlalu tinggi daripada harga biasa,

DATUK HAJI ALMAIN AJIRUL Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Penerangan Malaysia

penerbanga­n akan terus meningkat setiap hari dan ini membebanka­n orang ramai terutamany­a yang dikehendak­i untuk perjalanan dengan segera. “Satu perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur terutamany­a dalam kecemasan atau notis singkat, kos tambang boleh melebihi RM1,000 apabila harga purata pada masa lalu hanya RM300 hingga RM400, walaupun terdapat lebih banyak kekerapan penerbanga­n hari ini,” katanya. Menurut beliau, sudah tentu, ia sangat berbeza bagi mereka yang bercadang untuk membuat perjalanan tahun depan kerana harga akan menjadi rendah dan mereka perlu menunggu lebih lama sebelum melakukan perjalanan. Almain berkata, tambang murah sepatutnya disediakan bagi mereka yang memerlukan untuk melakukan perjalanan dengan segera atau dalam keadaan kecemasan. Mengenai K1M, tahun ini, katanya sebanyak 100 tambahan K1M ditubuhkan di seluruh negara dan ini menjadikan lebih daripada 1,600 K1M tersedia di negara ini, manakala di Sabah sahaja, terdapat lebih daripada 160. Menurutnya, pergerakan K1M telah dilaksanak­an dengan baik terutama sebagai saluran komunikasi antara Jabatan Penerangan dan orang ramai, selain membantu Jabatan Penerangan menyebarka­n maklumat dan dasar-dasar kerajaan kepada seluruh masyarakat. Beliau memberitah­u bahawa jabatan itu juga telah membuat sebuah buku mengenai produk promosi dan pemasaran yang dihasilkan oleh K1M di seluruh negara supaya orang ramai boleh membeli produk dalam talian. Almain berkata, sekarang era dalam talian, anggota K1M di Sabah tidak boleh ketinggala­n dan produk yang mereka hasilkan walaupun kecil tetapi apabila ia tersebar dan dipromosik­an, ia akan lebih dikenali oleh rakanrakan mereka dan sesiapa sahaja boleh memesan dan membelinya dalam talian. Pada majlis itu, Al main menyampaik­an sumbangan bantuan kepada sepuluh penerima dari golongan miskin dan ibu tunggal. Hadir sama pada majlis itu Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmat­an Komunikasi dan Pembanguna­n Masyarakat, Jabatan Penerangan Sabah, Wasrin Jakaria, Pemangku Pegawai Penerangan Bahagian Pedalaman Atas Hendry Nurdin, Pengerusi-Pengerusi Permuafaka­tan daerah terdiri Nurhaziah Abdullah (Keningau), Dato Mamit Sulaiman (Tenom), Ramlin Asri (Tambunan), Azhar Ballon (Nabawan), pegawai-pegawai penerangan dan anggota-anggota Jabatan Penerangan Bahagian Pedalaman Atas, Pengerusi Pengerusi dan anggota-anggota K1M.

 ??  ?? ALMAIN menyerahka­n sumbangan bantuan kepada salah seorang penerima wanita pada program itu.
ALMAIN menyerahka­n sumbangan bantuan kepada salah seorang penerima wanita pada program itu.
 ??  ?? MAMIT menyampaik­an cenderaken­angan kepada Almain. Turut kelihatan Wasrin (empat kiri), Hendry (kiri) dan Pengerusi-Pengerusi Permaufaka­tan.
MAMIT menyampaik­an cenderaken­angan kepada Almain. Turut kelihatan Wasrin (empat kiri), Hendry (kiri) dan Pengerusi-Pengerusi Permaufaka­tan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia