Utusan Borneo (Sabah)

Wenger rai penampilan ke-810 dengan kemenangan

Dua gol Sanchez bantu Arsenal benam Palace 3-2, kongsi mata dengan Spurs di tangga ke-4 Liga Perdana Inggeris

-

LONDON, England: Alexis Sanchez menjaringk­an dua gol dalam separuh masa kedua untuk memastikan pengurus Arsenal, Arsene Wenger menyamai rekod perlawanan Liga Perdana Inggeris bersama-sama Alex Ferguson ketika pasukannya menewaskan Crystal Palace 3-2. Dua gol Sanchez – gol kedua cantik dari umpanan Jack Wilshere – menambah dari gol pertama Skhodran Mustafi di gelanggang lawan buat Arsenal sudah mencukupi untuk menewaskan Palace pada perlawanan liga yang ke-810 buat Wenger sebagai pengurus Arsenal. Tandukan James Tomkins pada minit ke-89 – Andros Townsend mengikat kedudukan 1-1 pada awal separuh masa kedua sebelum Sanchez menjaringk­an dua gol – memastikan penamat mendebarka­n tetapi Arsenal selayaknya pulang dengan kemenangan sekali gus menamatkan lapan perlawanan tanpa kalah Palace. Kemenangan itu membolehka­n Arsenal berkongsi mata dengan pasukan di tangga keempat, Tottenham Hotspur tetapi berada di belakang Spurs kerana perbezaan gol sementara Palace masih berada dalam saingan mengelak penyingkir­an dengan hanya satu mata di atas zon penyingkir­an. “Secara keseluruha­nnya, ia kemenangan meyakinkan walaupun dalam separuh masa kedua, ia lebih sukar dari apa yang dijangkaka­n. Kami menemui ruang untuk menjaringk­an dua gol cantik dan dari situ, kami tidak pernah mengalah. “Kami sudah datang ke sini dan ia adalah perlawanan sukar untuk semua pasukan dalam liga. Kami sedikit terjejas tetapi kami bermain dengan lebih baik hampir sepanjang perlawanan.” Palace memberikan saingan yang kuat pada awal permainan dan peluang terbaik menguji penjaga gol Arsenal, Petr Cech ialah apabila rembatan Yohan Cabaye sedikit tersasar. Arsenal akhirnya mengawal permainan dan membuka jaringan pada minit ke-24 apabila pemain Palace gagal mengeluark­an bola bahaya dari tendangan percuma Mesut Ozil, yang disempurna­kan Mustafi apabila rembatan Alexandre Lacazette ditepis penjaga gol Julian Speroni tetapi bola melantun ke arah Mustafi untuk menolak bola muntah ke pintu gol. Enam minit kemudian, Arsenal boleh menambah jaringan tetapi Speroni beraksi tangkas menepis cubaan Sanchez. Wilfried Zaha adalah pemain paling berbisa Palace sepanjang separuh masa pertama untuk mengekalka­n prestasi yang menjadikan beliau buruan beberapa kelab utama musim ini. Beliau juga menjadi sasaran asakan keras dari Callum Chambers, yang dilayangka­n kad kuning kerana terjahan dari belakang. Zaha membantah keras keputusan pengadil kerana tidak melayangka­n kad merah kepada lawannya selepas beliau sentiasa menjadi sasaran dan hampir dibuang padang kerana menyindir keputusan pengadil hanya memberikan kad kuning kepada Chambers. Zaha bagaimanap­un menebus kehampaan beliau dengan mengumpan bola kepada Townsend untuk mengikat kedudukan. Ketika itu, Palace kelihatan mengimbang­i permainan tetapi dua gol pantas Sanchez menamatkan sebarang kebangkita­n Palace. Gol kedua Arsenal adalah apabila Sanchez mengawal umpanan Sanchez dan bertukar hantaran dengan Lacazette sebelum merembat ke pintu gol dan empat minit kemudian, beliau menerima umpanan jauh dari Wilshere dan dengan sentuhan pertama, menjaringk­an gol kedua. Tomkins mencemaska­n Arsenal dengan gol kedua Palace tetapi Arsenal terus bertahan sehingga ke wisel penamat untuk membawa pulang tiga mata berharga. Pengurus Palace,

Secara keseluruha­nnya, ia kemenangan meyakinkan walaupun dalam separuh masa kedua, ia lebih sukar dari apa yang dijangkaka­n. Kami menemui ruang untuk menjaringk­an dua gol cantik dan dari situ, kami tidak pernah mengalah.

Arsene Wenger Pengurus Arsenal

Roy Hodgson mengakui tuah tidak memihak kepada pasukannya tetapi bangga dengan cara pasukannya berdepan dengan lawan yang kuat. “Kami menunjukka­n kami adalah pasukan yang bagus dan mempunyai kualiti. Bagi kami, ia adalah persoalan tentang terus berusaha. Walaupun ketinggala­n 1-3 kepada pasukan dengan kualiti hebat ini, pemain tidak mengalah dan terus berusaha melakukan sesuatu. Jika permainan berlarutan lima atau enam minit lebih lama, kami mungkin mampu mengikat kedudukan atau menjaringk­an gol kemenangan,” kata Hodgson. — AFP

 ??  ?? WENGER (tengah) memberi arahan kepada pemainnya ketika perlawanan liga di Selhurst Park, London pada Khamis lepas. — Gambar AFP
WENGER (tengah) memberi arahan kepada pemainnya ketika perlawanan liga di Selhurst Park, London pada Khamis lepas. — Gambar AFP
 ??  ?? SANCHEZ meraikan jaringanny­a ketika beraksi membantu Arsenal menewaskan Palace di Selhurst Park, London Khamis lepas. — Gambar AFP
SANCHEZ meraikan jaringanny­a ketika beraksi membantu Arsenal menewaskan Palace di Selhurst Park, London Khamis lepas. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia