Utusan Borneo (Sabah)

Klopp tidak akan terburu-buru untuk turunkan Van Dijk

-

LIVERPOOL, England: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menegaskan beliau tidak akan terburu-buru menurunkan pemain dibeli dengan nilai 75 juta pound, Virgil van Dijk – hanya kerana mereka telah memecah rekod dunia perpindaha­n untuk seorang pemain pertahanan. Van Dijk, pemain pertahanan antarabang­sa Belanda, mengesahka­n perpindaha­n ke Anfield Rabu lepas dan dijangka tiba di Anfield pada hari ini untuk menyaksika­n kelab baharunya menentang Leicester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris, dengan pengesahan perpindaha­n beliau hanya dibuat pada 1 Januari, apabila pasaran perpindaha­n pemain dibuka semula. Beliau layak bermain pada perlawanan pusingan ketiga Piala Liga Inggeris menentang Everton pada 5 Januari tetap Klopp berkata tiada keperluan untuk menurunkan pemain itu secara terburu-buru. “Beliau harus menyesuaik­an diri dengan corak permainan kami. Ia sangat berbeza dari kelab lamanya tetapi saya pasti beliau akan dapat menyesuaik­an diri. Saya gembira perpindaha­n akhirnya dicapai tetapi tiada perlu untuk terburu-buru sekarang. “Saya boleh bayangkan orang berfikir, ‘jumlah (yuran perpindaha­n) yang besar’ tetapi bagi saya, yuran perpindaha­n tidak begitu penting. Kami tidak menentukan harga pasaran, pasaran itu sendiri menentukan harga dan perkara pertama yang semua penyokong Liverpool harus lupa dalam masa yang cepat ialah harga. “Kita hanya bercakap tentang pemain dan apa yang beliau boleh bawa, kualiti, mentaliti dan karektor. Kerana itu kenapa kami benarbenar gembira dengan pembelian beliau.” Klopp mengakui isu kecergasan Van Dijk adalah satu kerisauan kerana beliau hanya bermain 16 kali untuk Southampto­n pada tahu ini, termasuk 12 perlawanan musim ini selepas cubaan gagal Liverpool untuk membeli beliau pada bulan Ogos. “Ia mungkin bukan separuh musim terbaik beliau di Southampto­n,” kata Klopp. “Beliau cedera dan kemudian kami tahu tentang apa yang berlaku pada musim panas lepas.” — Reuters

 ??  ?? VAN DIJK (kanan) mengasak perancang Liverpool, Sadio Mane ketika bersaing untuk mendapatka­n bola pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di An eld, Liverpool dalam gambar fail bertarikh 18 November 2017. — Gambar AFP
VAN DIJK (kanan) mengasak perancang Liverpool, Sadio Mane ketika bersaing untuk mendapatka­n bola pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di An eld, Liverpool dalam gambar fail bertarikh 18 November 2017. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia