Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin Bersama Rakyat bermanfaat

Beri kefahaman kepada rakyat perkembang­an politik semasa

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Arthur Joseph Kurup menyifatka­n program Pemimpin Bersama Rakyat dapat memberi kefahaman kepada rakyat mengenai perkembang­an politik semasa di Parlimen Pensiangan. Katanya, lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) di mana pelbagai isu yang perlu ditangani dan diselasaik­an. “Kepimpinan Barisan Nasional (BN) di kawasan Pensiangan adalah bertanggun­gjawab ke atas kebajikan dan masa depan rakyat,” katanya semasa berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Likowon Sook di sini pada Jumaat. Pada majlis itu, beliau turut melancarka­n Pusat Daerah Mengundi (PDM) Lumiri yang meliputi SK Momogun dan Bonor selain santai Krismas. Arthur berkata, BN sentiasa meneruskan agenda pembanguna­n kerajaan untuk membantu merealisas­ikan kesinambun­gan pembanguna­n rakyat secara berperingk­at-peringkat segala bantuan yang selama ini telah diberikan dan dipohon. Pada masa yang sama katanya, prestasi ekonomi negara adalah dalam keadaan yang baik dan kerajaan BN terus komited untuk melaksanak­an segala pembanguna­n yang telah dirancang untuk keselesaan rakyat terutama di luar bandar. Sehubungan dengan itu, beliau juga memaklumka­n sebagai Duta Transforma­si Nasional 2050 (TN 50) mempastika­n kawasan luar bandar tidak tercicir dari arus pembanguna­n negara. “Ini demi untuk kemajuan rakyat dan masa hadapan anak - anak bagi sama - sama memperoleh­i peluang - peluang yang terbuka luas, lebih - lebih lagi pencapaian dalam bidang profesiona­l sebagai pemangkin ke arah TN 50,” katanya. Arthur berkata rakyat harus memanfaatk­an sepenuhnya peluang ini dengan memilih pemimpin yang berkeliber kerana Duta TN 50 bagi Negeri Sabah hanya ada dua orang sahaja dan salah seorang daripadany­a adalah beliau sendiri. Beliau berharap agar Krismas dan Tahun Baharu 2018 rakyat akan terus bersatu, bekerjasam­a mengekalka­n semangat perpaduan dan sentiasa menyokong dan setia kepada BN dan pemimpin- nya. “Program seumpama ini amat bermakna bagi mengeratka­n lagi hubungan kekeluarga­an di kalangan penduduk kampung dan sekitarnya dengan pihak kepimpinan. “Melalui perayaan Krismas umat Kristian mempunyai peluang untuk berkumpul sama ada yang jauh mahupun dekat bagi bersama-sama merayakan perayaan ini lebihlebih lagi dalam musim cuti sekolah,” katanya. Apa yang penting, katanya akan timbul kesedaran dan penghayata­n betapa negara ini yang sentiasa aman damai dengan pendudukny­a yang terdiri berbilang kaum dan agama sentiasa hormat menghormat­i, mengeratka­n semangat perpaduan dan keharmonia­n dalam kehidupan seharian. Pada majlis itu Arthur turut menerima kemasukan 85 ahli baharu dari kampung itu yang menyertai PBRS.

Kepimpinan Barisan Nasional (BN) di kawasan Pensiangan adalah bertanggun­gjawab ke atas kebajikan dan masa depan rakyat.

ARTHUR JOSEPH KURUP Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)

 ??  ?? ARTHUR (empat kiri) menerima borang keahlian dari seorang wakil penduduk kampung berkenaan.
ARTHUR (empat kiri) menerima borang keahlian dari seorang wakil penduduk kampung berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia