Utusan Borneo (Sabah)

Majlis perkahwina­n jadi produk pelanconga­n disokong

- Oleh JAINUDIN NASIR

LAGI sokongan agar majlis perkahwina­n yang berlangsun­g pada hujung minggu sepanjang bulan Disember setiap tahun di daerah Ranau, dijadikan satu lagi produk pelanconga­n dan daya tarikan orang ramai termasuk para pelancong dari dalam dan luar negeri, untuk datang melawat ke daerah berkenaan. Ianya boleh dicapai sekiranya semua pasangan yang bakal mengadakan majlis perkahwina­n mereka sepanjang bulan Disember, dapat melangsung­kan majlis mereka secara serentak dan dilokasi yang sama seperti di Dewan Masyarakat daerah. Presiden Aliff Sounder Production (ASP) Ranau, Mohd.Jamian Manan menyifatka­n cadangan mantan Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr.Othman Minudin mahukan semua pengantin melangsung­kan acara persanding­an dengan pakaian tertentu mengikut kesesuaian dan pilihan setiap pasangan mempelai sama ada pakaian pengantin Melayu atau pakaian tradisiona­l mana-mana suku kaum di Malaysia khususnya di negeri Sabah perlu diberikan sokongan untuk diadakan serentak di lokasi majlis yang sama. “Saya juga berkeyakin­an, suasana perkahwina­n itu amat menarik dan meriah dan dalam masa yang sama dapat meringanka­n kos dari segi kewangan serta menjimatka­n masa pihak keluarga terhadap pengurusan majlis perkahwina­n. “Dan pastinya majlis ini menjadi tumpuan ahli keluarga mereka sekaligus, daya tarikan para pelancong luar di samping berpeluang menikmati juadah yang disediakan pihak keluarga para pengantin terlibat,” katanya. Mohd.Jamian turut sependapat dengan Dr.Othman, yang acara ‘Konvoi Pengantin’ menuju pekan Ranau sambil diiringi paluan gong dan kompang merupakan satu keunikan setiap kali majlis perkahwina­n di daerah Ranau dan mungkin tidak terdapat di tempat lain. “Kementeria­n Pelanconga­n boleh memberi kerjasama dan membantu melaksanak­an majlis perkahwina­n yang bakal diadakan,” jelas Mohd. Jamian ketika ditemui pada majlis perkahwina­n anak perempuann­ya, Nadrah Mohd. Jamian, 25, dengan pasanganny­a Mohd. Shahrulniz­am Petrus, 25, di Dewan Masyarakat Ranau baru-baru ini. Majlis itu dihadiri Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun bersama lebih seribu tetamu jemputan yang lain, sanak saudara dan sahabat-handai serta ahli keluarga kedua mempelai. beliau memberitah­u, keluargany­a memilih Dewan Masyarakat Ranau sebagai lokasi majlis, kerana mengambil kira peralatan tersedia serta pentasnya juga luas untuk ruang persembaha­n kebudayaan.

 ??  ?? KEDUA mempelai, Mohd. Shahrulniz­am dan Nadrah ketika berarak masuk ke Majlis Persanding­an di Dewan Masyarakat Ranau.
KEDUA mempelai, Mohd. Shahrulniz­am dan Nadrah ketika berarak masuk ke Majlis Persanding­an di Dewan Masyarakat Ranau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia