Utusan Borneo (Sabah)

KKTP beri galakan kontraktor bina rumah mampu milik rakyat

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) sentiasa memberi galakan kepada kontraktor atau pemaju perumahan untuk membantu kerajaan membina rumah mampu milik rakyat di negeri ini. Menterinya Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, usaha murni itu akan memperliha­tkan keikhlasan dan kejujuran sesebuah agensi perumahan yang juga komited dalam membantu rakyat berpendapa­tan rendah. “Kita mahu melahirkan kontraktor bumiputera yang bukan menitikber­at akan keuntungan sematamata tetapi juga mahu membantu rakyat yang tidak memiliki rumah atau kurang berkemampu­an. “Sekiranya ingin menjadi kontraktor berjaya, sudah semestinya tanggungja­wab sosial korporat (CSR) seperti ini sekali sekala perlu dilaksanak­an dan kementeria­n amat menghargai segala usaha murni seumpama ini,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penyerahan kunci rumah mampu milik jenis Custom Design di Kampung Indai, di sini pada Jumaat. Pada masa sama, Hajiji memuji usaha murni Presiden Pertubuhan Prihatin Rakyat Sabah (PPRS) Datuk Datu Mohd Fadli Fathullah selaku kontraktor bumiputera yang terus membina program rumah mampu milik meskipun syarikatny­a masih berusia setahun lebih. Katanya, menjual rumah berkeluasa­n 720 kaki persegi dengan harga RM65 ribu itu adalah satu usaha murni syarikat terbabit yang tidak mementingk­an keuntungan sahaja. “Saya amat gembira kerana kontraktor atau pemaju perumahan kita ini adalah anak muda bumiputera yang sanggup bina rumah tanpa mengira keuntungan. “Justeru, kementeria­n memberi galakkan kepada syarikat ini untuk bersama membantu meringanka­n beban khususnya kepada rakyat yang tidak berpendapa­tan tinggi dan yang mengingink­an rumah pertama,” katanya. Sementara itu Fadli berkata, pihaknya sudah menyiapkan hampir tiga unit rumah, manakala tujuh lagi sedang dalam proses pembinaan yang dijangka siap awal tahun depan. Katanya, misi program syarikatny­a adalah dengan menyasarka­n rakyat yang berpendapa­tan rendah terutamany­a golongan muda. “Saya melihat, kebanyakan rakyat Sabah masih tidak mempunyai kelayakan cukup untuk memohon loan perumahan dan menyewa rumah sahaja. “Jadi, kita wujudkan perkhidmat­an sebegini dengan sokongan kementeria­n perumahan untuk memberi platform kepada orang ramai mendapatka­n rumah dengan harga murah dan dapat merancang ekonomi lebih baik pada masa depan,” katanya. Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Syarikat Permata Juta Corporatio­n Ten Yoke Keong dan Pemilik Rumah Mampu milik Aemme Norakim.

 ??  ?? HAJIJI (tiga, kanan) menyampaik­an replika kunci rumah kepada Aemme pada majlis berkenaan sambil disaksikan oleh Fadli (dua, kanan) dan tetamu kehormat yang lain.
HAJIJI (tiga, kanan) menyampaik­an replika kunci rumah kepada Aemme pada majlis berkenaan sambil disaksikan oleh Fadli (dua, kanan) dan tetamu kehormat yang lain.
 ??  ?? HAJIJI (dua, kanan) menyempurn­akan gimik perasmian dan penyerahan kunci rumah mampu milik jenis Custom Design di Kampung Indai, di sini Jumaat.
HAJIJI (dua, kanan) menyempurn­akan gimik perasmian dan penyerahan kunci rumah mampu milik jenis Custom Design di Kampung Indai, di sini Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia