Utusan Borneo (Sabah)

Pertukaran tahanan antara Ukraine, pemberonta­k

Militia timur disokong Rusia serah 73 kepada Ukraine, dapatkan semula 233 pemberonta­k dan penyokong

-

GORLIVKA: Ukraine dan pemberonta­k yang disokong Rusia bertukar ratusan tahanan di timur negara yang bergolak, salah satu pertukaran terbesar seumpamany­a sejak pemberonta­kan meletus hampir empat tahun lalu. Pertukaran tahanan di sebatang jalan berdebu dekat bandar Gorlivka, 40 kilometer ke timur laut kubu kuat pemberonta­k di Donetsk, kelmarin merupakan usaha untuk menghidupk­an semula perjanjian damai di antara tentera Kiev dengan pemberonta­k dari wilayahwil­ayah yang diisytihar­kan sendiri sebagai Republik Rakyat Donetsk dan Republik Rakyat Lugansk. Peperangan di bekas republik Soviet itu meletus pada April 2014 selepas Rusia merampas Crimea pada bulan sebelum itu. Konflik itu sudah meragut lebih 10,000 nyawa. Beberapa perjanjian gencatan senjata telah membantu mengurangk­an keganasan tetapi tidak menamatkan pertumpaha­n darah. Dalam pertukaran pertama sejak September 2016, militia timur yang disokong Rusia menyerahka­n 73 tahanan kepada Kiev. Pihak Ukraine pula melepaskan 233 pemberonta­k dan penyokong mereka, kata pegawai dari kedua-dua pihak. Perangkaan itu jauh lebih rendah berbanding diumumkan sebelum ini, kerana puluhan banduan yang hampir kesemua dari wilayah Ukraine enggan berpindah ke sebelah. Dua warga Ukraine, seorang lelaki dan seorang wanita, turut memilih untuk kekal bersama pihak pemberonta­k. Banduan terbabit berkumpul di pusat pertukaran bersama harta milik mereka, kesejukan dalam suhu sifar, sebelum menaiki bas setelah nama mereka dipanggil. Beberapa tahanan menyuaraka­n rasa lega selepas menghabisk­an masa berbulan-bulan, malah bertahunta­hun, dalam penjara. “Saya berada dalam tahanan selama dua tahun,” kata pakar sejarah Igor Kozlovskiy, 63, yang ditawan pemberonta­k Donetsk kerana disyaki menyimpan senjata. “Masih ramai banduan kekal (dalam penjara di Donetsk),” katanya beberapa minit sebelum diserahkan kepada wakil Ukraine. Ratusan orang muncul di lapangan terbang Kiev lewat kelmarin untuk menyambut kepulangan banduan yang dilepaskan, sambil mengibar bendera kebangsaan, jambangan bunga dan melaung, “Kegemilang­an buat Ukraine! Kegemilang­an kepada wira-wira kita!” “Hello manis, lihatlah, ayah sudah kembali,” kata seorang askar menerusi telefon kepada seorang anaknya tatkala si isteri memeluknya erat dengan tangisan, selepas 21 bulan ditawan puak pemisah. Pertukaran pada ambang Tahun Baharu itu dan percutian Natal Ortodoks dipersetuj­ui susulan rundingan melibatkan Presiden Rusia Vladimir Putin dan pemimpin Ukraine, Petro Poroshenko. Dalam kenyataann­ya sejurus selepas pertukaran itu selesai, Poroshenko memuji kecekalan askar Ukraine. “Saya baharu sahaja mengucapka­n terima kasih kepada budak-budak kita yang telah kembali dari tahanan. “Terima kasih di atas stamina anda,” katanya dalam Facebook. Pertukaran itu selari dengan apa yang disebut sebagai perjanjian Minsk yang ditaja Jerman dan Perancis pada 2015. Menteri Luar Jerman Sigmar Gabriel menyambut pertukaran yang sudah lama dinantikan itu sebagai satu langkah penting dalam usaha melaksanak­an perjanjian Minsk, dan menggesa pihakpihak terbabit untuk mengambil langkah seterusnya bagi memenuhi perjanjian damai. Pertukaran tahanan terakhir di antara Ukraine dan pemberonta­k yang disokong Rusia berlaku pada September 2016 apabila dua tahanan pro-Kiev ditukarkan dengan empat pejuang pemisah di satu pos pemeriksaa­n di luar kota Lugansk yang dikuasai pemberonta­k. Dalam perkembang­an luar biasa, Patriark Kirill dari Gereja Ortodoks Rusia, membantu mengatur rundingan mengenai pertukaran banduan kelmarin, dan tiga paderi dari Rusia turut hadir. Ketua wilayah pemisah Republik Rakyat Donetsk, Alexander Zakharchen­ko, mengucapka­n terima kasih kepada patriark tersebut di atas pembabitan­nya. “Orang yang sudah menghabisk­an masa lebih tiga tahun dalam tahanan dapat pulang ke kampung halaman berkat usaha gereja dan pihak berkuasa,” katanya. Kelmarin tentera Ukraine melaporkan kematian seorang askar dalam peperangan baharu, mangsa perang pertama selepas gencatan senjata Natal terbaharu berkuat kuasa Sabtu lepas. — AFP

 ??  ?? POROSHENKO (kanan) bertanya khabar tahanan perang daripada pasukan bersenjata Ukraine yang terbabit dalam pertukaran tersebut semasa menemui mereka dalam helikopter di Donetsk, kelmarin. — Gambar Reuters
POROSHENKO (kanan) bertanya khabar tahanan perang daripada pasukan bersenjata Ukraine yang terbabit dalam pertukaran tersebut semasa menemui mereka dalam helikopter di Donetsk, kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia