Utusan Borneo (Sabah)

22 sertai Program Tahsin Al-Quran di Masjid Jamek Darussalam Kg Tabanak

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Satu Program Tahsin Al-Quran (Bengkel Intensif Asas Bacaan Al-Quran) telah diadakan di Masjid Jamek Darussalam Kampung Tabanak Lahad Datu, dekat sini pada 23 dan 24 Disember lalu. Program anjuran Persatuan Etnik Idahan Sabah (PEIS) itu antara lain bertujuan untuk menggalakk­an lebih ramai golongan generasi muda etnik Idahan mempelajar­i dan seterusnya mendalami seni bacaan al-Quran. Ianya sesuai dengan pengiktira­fan kerajaan sebagai suku kaum yang mula-mula memeluk agama Islam di negeri Sabah berdasarka­n Manuskrip Idahan bertarikh 1408 Masihi di Luk Seban (Teluk Darvel) Lahad Datu. Pengerusi PEIS Abdul Karim Hj. Dakog berkata, seramai 22 peserta kumpulan pertama berumur antara 13 tahun dan ke atas telah diambil berkursus melibatkan empat buah kampung iaitu Kg. Tabanak, Kg. Sapagaya, Kg. Segangan dan Kg. Binuang. Katanya, ia bagi memantapka­n lagi mutu bacaan mereka dengan bimbingan guru-guru yang mempunyai kemahiran dalam seni bacaan al-Quran seperti Ustaz Jinirol Bensali, Ustaz Nazri Marmin Al-Hafiz dan Ustaz Mohd Dzul Helmi Ust Mohd Noh. “Ini merupakan acara pro- gram pertama yang dianjurkan oleh PEIS bagi tahun 2017 dan julung kalinya diadakan di dae- rah Lahad Datu,” katanya. Program berkenaan dirasmikan oleh Pengerusi Masjid Jamek Darussalam Kg. Tabanak Datu Hj. Arrifin Datu Jinuraian. Arrifin dalam pada itu turut melahirkan rasa keterujaan beliau kerana Kg. Tabanak terpilih dalam menganjurk­an suatu majlis ilmu yang julung-julung kali diadakan dan berimpak tinggi kepada masyarakat khususnya kepada etnik Idahan. Menurut beliau, berdasarka­n penyertaan dari setiap kampung, kampung etnik Idahan dilihat amat menggalakk­an dan beliau berharap agar program tersebut dapat diadakan setiap tiga bulan sekali secara bergilir-gilir bagi setiap kampung sebagai tuan rumah.

 ??  ?? ARRIFIN (tengah) merakamkan album bersama para peserta yang terlibat dalam program itu.
ARRIFIN (tengah) merakamkan album bersama para peserta yang terlibat dalam program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia