Utusan Borneo (Sabah)

Bergelar jurutera, Zain mahu cipta nama sebagai penyanyi

-

WALAUPUN sudah bergelar jurutera, ia tidak menghalang Zainal Mohd Isap, 27, atau lebih dikenali sebagai Zain merealisas­ikan impiannya untuk mencipta nama dalam industri muzik tanah air. Bermula dengan minat yang mendalam sejak di bangku sekolah dalam bidang nyanyian, Zain, akhirnya berjaya menghasilk­an single pertama ‘Impian Rahsia’. Dalam satu kenyataan Zain berkata, ‘Impian Rahsia’ merupakan taruhan istimewa yang menjadi titik permulaan untuk dia mula berkarya sebagai penyanyi baharu. ‘Impian Rahsia’ merupakan karya sulung yang dicipta beliau sepenuhnya dengan kerjasama komposer berpengala­man Mohariz Yaakob. “Saya yakin dengan genre balada yang diketengah­kan menerusi lagu itu, mampu memikat hati pendengar untuk lebih memahami dan menjiwai liriknya,” kata Zain.

MEMENDAM PERASAAN

“Ia kisah benar seorang sahabat saya yang gagal meluahkan perasaan cinta terhadap wanita yang dicintainy­a sehingga wanita berkenaan terlibat dalam kemalangan.” “Rasa sayangnya terhadap wanita itu masih kuat biarpun sudah meninggal dunia...membuat saya begitu kagum dan menjadikan ia inspirasi dalam penulisan lirik lagu ini,” kata Zain. Malah peminat juga boleh menonton video lirik lagu ‘Impian Rahsia’ dengan melayari You Tube. Mengulas penglibata­nnya dalam indusri muzik setelah mempunyai kerjaya yang baik di sebuah syarikat minyak dan gas, dari Arab, dia percaya, ia bukanlah satu isu besar yang perlu diperkatak­an. “Bagi saya belum terlambat untuk saya menjadi seorang penghibur meskipun sudah mempunyai kerjaya lain.Yang menjadi keutamaan adalah penerimaan peminat terhadap lagu yang saya bawa dan usaha untuk terus kekal dalam industri muzik,” tambah anak kelahiran Pahang itu. Beliau berkata kemunculan­nya dalam industri muzik juga bukan untuk bersaing dengan komposer dan penyanyi yang sudah mempunyai nama, sebaliknya bagi memeriahka­n lagi industri berkenaan. — Bernama

 ??  ??
 ??  ?? IMPIAN Zain menjadi nyata apabila muncul di persada seni dengan single pertama ‘Impian Rahsia.’
IMPIAN Zain menjadi nyata apabila muncul di persada seni dengan single pertama ‘Impian Rahsia.’

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia