Utusan Borneo (Sabah)

Biar rakyat jadi penentu pada PRU-14

Dalam memilih kerajaan pada PRU14

- Oleh SADDAM EDRIS

TUARAN: Pengerusi Barisan Nasional (BN) bahagian Parlimen Tuaran Datuk Seri Panglima Hajiji Noor percaya bahawa rakyat bijak dalam memilih parti yang benar-benar berjuang membela nasib mereka untuk dijadikan kerajaan pada Piliharaya Umum ke14 (PRU14). Katanya, selaku pemimpin kerajaan, beliau yakin rakyat sudah melihat perjuangan BN yang sememangny­a ikhlas dalam membela nasib rakyat selama 60 tahun memerintah dan mentadbir negara ini. “Buktinya sudah jelas setelah 60 tahun memerintah negara menggantik­an parti Perikatan, segalanya telah dijaga rapi oleh kerajaan masa kini seperti keselamata­n, kemakmuran dan perpaduan rakyat yang berbilang kaum. “Jadi saya rasa, biarlah rakyat jadi penentu kepada pilihanray­a akan datang ini... tapi kita (BN) yakin bahawa parti ini sudah buat yang terbaik untuk negara dan rakyat selama ini,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan penyerahan kunci rumah mampu milik rakyat, di sini pada Jumaat. Ditanya mengenai saingan parti pembangkan­g baharu yang tumbuh bagaikan cendawan, Hajiji yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Ketua Umno Tuaran secara peribadi menyifatka­nnya sebagai tin kosong. Katanya, setiap parti pembangkan­g yang mahu meraih sokongan daripada rakyat akan bertindak mewujudkan pelbagai sloganslog­an baru yang sekadar bercerita kosong. “Memanglah, setiap parti pembangkan­g akan cakap macam- macam untuk dapatkan sokongan padahal rakyat hanya memberi mandat untuk memimpin negara dengan melihat tahap pencapaian sesebuah parti itu. “Kebanyakan pemimpin pembangkan­g juga dahulunya adalah ahli BN, cuma setelah tidak lagi mendapat sokongan, mereka cari platform lain seperti mewujudkan macammacam slogan seperti ‘Jom Ubahlah’, padahal yang ubah dan bangunkan Sabah adalah BN,”katanya. Mengenai persiapan piliharaya pula, beliau berkata, jentera BN Tuaran sudah melakukan persiapan awal di semua peringkat bahagian mahupun pusat daerah mengundi dan kini hanya menunggu pembubaran parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Buktinya sudah jelas setelah 60 tahun memerintah negara menggantik­an parti Perikatan, segalanya telah dijaga rapi oleh kerajaan masa kini seperti keselamata­n, kemakmuran dan perpaduan rakyat yang berbilang kaum.

DATUK SERI PANGLIMA HAJIJI NOOR Pengerusi Barisan Nasional (BN) bahagian Parlimen Tuaran

 ??  ?? HAJIJI
HAJIJI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia