Utusan Borneo (Sabah)

Dua lelaki dipenjara sembilan tahun, dua sebat

Rompak dan cederakan majikan mereka

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Dua lelaki warga asing masingmasi­ng dijatuhkan hukuman penjara selama sembilan tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana merompak majikan mereka, pada tahun lalu. Hakim Ummu Kalthom Abd Samad menjatuhka­n hukuman itu ke atas Mohd Asri Asmara, 21, dan Saidin Abdullah, 18, selepas mereka mengaku bersalah merancang untuk merompak dan mencederak­an majikan mereka di kawasan Jambatan 4, Kampung Sim-Sim di sini kira-kira jam 11.10 malam pada 27 Disember tahun lepas. Berdasarka­n fakta kes, pengadu membuat laporan polis selepas dipukul dan dirompak oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika dalam perjalanan hendak balik ke rumahnya. Beg bimbit berwarna hitam miliknya yang telah dirompak, mengandung­i dokumen diri, kad bank, kunci kenderaan serta wang tunai RM2,470. Hasil siasatan mendapati Mohd Asri telah memukul pengadu menggunaka­n sebatang besi hingga mendatangk­an kecederaan pada kepala dan lengan pengadu sebelum merompak beg bimbit. Pagi sebelum kejadian, Saidin telah bertemu dengan Mohd Asri dan abangnya bagi tujuan merancang rompakan itu. Duit hasil rompakan itu kemudian digunakan untuk membeli tiga buah telefon bimbit. Mohd Asri kemudian berjaya ditangkap pada 7 Julai tahun ini di kawasan Jalan Dua, Bandar Sandakan manakala Saidin ditahan tiga hari selepas itu di tempat kerjanya di Taman Nasalim. Seorang lagi rakan mereka masih bebas. Atas kesalahan itu, keduadua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara selama 20 tahun dan sebat. Pendakwaan kes dilakukan oleh Timbalan Pendakwara­ya Mohd Faisal Mohd Noor. Dalam mahkamah yang sama, seorang lelaki warganegar­a Indonesia dipenjara selama 18 bulan kerana memiliki empat cop palsu pada pasport miliknya. Ali Daud, 43, yang bekerja di Pahang mengaku bersalah dan memberitah­u setiap cop palsu itu diperolehi­nya dengan bayaran RM600. Daripada empat cop itu, dua cop keluar palsu direkodkan pada mukasurat 13 dan 15, manakala dua lagi cop pas lawatan palsu terdapat pada mukasurat 15 dan 17. Tertuduh ditahan di kaunter ketibaan Lapangan Terbang Sandakan di sini kira-kira jam 9 malam pada 15 Disember lepas. Atas kesalahan itu, Ali didakwa mengikut Seksyen 56 (1)(I) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155). Pendakwaan kes dilakukan oleh Junior Gorbex Singh yang hadir bagi pihak Timbalan Pendakwara­ya. Ummu Kalthom turut memerintah­kan kesemua tertuduh untuk dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas selesai menjalani hukuman.

Atas kesalahan itu, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara selama 20 tahun dan sebat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia