Utusan Borneo (Sabah)

Enam hari terapung di laut, empat mangsa kapal karam diselamat

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Empat nelayan warga Filipina yang terapung di sekitar kawasan Pulau Billean dekat sini selepas kapal tunda yang dinaiki dipukul ribut, telah diselamatk­an oleh sepasukan anggota tentera kelmarin. Mereka terapung selama enam hari selepas kapal tunda dipukul ribut dan dihanyutka­n sejauh 60 batu dari perairan Kepulauan Mangsee, Filipina ke perairan Pulau Billean. Keempat-empat nelayan itu ditemukan kira-kira jam 12.50 tengah hari kelmarin oleh sepasukan anggota tentera yang sedang melakukan rondaan di pulau itu. Mangsa yang terselamat terdiri daripada tekong, Arnei Fetalvero Viana, 40, bersama tiga awak-awak iaitu Chfmate Josefph Aque, 30, Roger Chaves Cheif, 49, dan Thomas Taboso, 42. Manakala kapal tunda yang membawa 16 lagi kru warga Filipina masih tidak diketahui. Ketika diselamatk­an, kesemua mangsa mengalami kecederaan melecur di beberapa bahagian badan dan kaki akibat berada di lautan selama beberapa hari. Dalam pada itu, Komander Angkatan Tugas Bersama 2, Brigedier Jeneral Zarondin Md Amin berkata, kesemua mangsa yang hanya berpaut pada serpihan kapal semasa hanyut di perairan telah dibawa naik ke pos penempatan dan diberikan rawatan perubatan oleh anggota perubatan angkatan tentera serta diberikan bantuan makanan dan minuman yang sewajarnya. Selain itu, beliau memaklumka­n terdapat 30 hingga 40 buah bot di sekitar Kepulauan Mangsee telah hanyut dan karam akibat dilanda ribut Taufan Tembin sejak empat hingga lima hari lalu. Setakat ini, 56 orang daripada bot-bot berkenaan telah ditemui.

 ??  ?? ANGGOTA tentera memberiban­tuanminuma­n kepada mangsa.
ANGGOTA tentera memberiban­tuanminuma­n kepada mangsa.
 ??  ?? ZARONDIN
ZARONDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia