Utusan Borneo (Sabah)

TIGA MAYAT DITEMUKAN

Di perairan Tanjung Malawali, Kudat

- Oleh YAP SIONG HAN & JOHAN AZIZ

KUDAT: Tiga mayat dalam keadaan sudah kembung ditemukan terapung di perairan Tanjung Malawali, Kudat pada Khamis. Dalam kejadian jam 10.20 pagi Khamis, semua mayat yang ditemukan itu belum dikenalpas­ti identitiny­a sudah dihantar ke Hospital Kudat untuk siasatan lanjut. Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din yang mengesahka­n kejadian itu menjelaska­n mayat lelaki ditemukan hanya berseluar pendek dan dua lagi mayat wanita, tidak berpakaian. “Mayat dua wanita ditemui 50 meter dari pantai manakala mayat lelaki 80 meter dari pantai berkenaan. “Keadaan ketiga-tiga mayat sudah kembung dan tiada kesan-kesan luka atau kecederaan pada tubuh mayat itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat. Beliau berkata, butiran mayat yang ditemukan tidak dapat dikenalpas­ti memandangk­an tiada apa-apa pengenalan diri ditemukan pada semua mayat terbabit. “Semua mayat ditemukan dihantar ke Hospital Kudat untuk bedah siasat. “Mana-mana individu yang ada kehilangan ahli keluarga diminta menghubung­i Ketua Balai Polis Kerakit untuk tindakan lanjut,” katanya. Sementara itu ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Kudat Superinten­dan Douglas Nyeging Taong memberitah­u temubual yang dibuat terhadap penduduk Kampung Malawali mengatakan bahawa tiada saudara mara mereka yang hilang dan sehingga kini belum ada laporan rasmi yang dibuat di Balai Polis Karakit atau mana-mana balai polis di Kudat berkaitan orang hilang. “Siasatan polis setakat ini mendapati tiada apa-apa kecederaan di mana-mana bahagian badan mangsa dan mangsa disyaki mati lemas,” katanya. Sehubungan itu, sebarang maklumat mengenai kejadian berkenaan boleh disalurkan dengan menghubung­i pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kudat Asisten Superinten­dan Hasrul Izwadi Badaruddin di talian 0172455520.

 ??  ?? TIGA mayat (dalam bulatan) yang ditemukan terapung di perairan Tanjung Malawali, Kudat pada Khamis.
TIGA mayat (dalam bulatan) yang ditemukan terapung di perairan Tanjung Malawali, Kudat pada Khamis.
 ??  ?? TIGA mayat yang ditemukan di perairan Tanjung Malawali, Kudat pada Khamis.
TIGA mayat yang ditemukan di perairan Tanjung Malawali, Kudat pada Khamis.
 ??  ?? ANGGOTA polis menutup salah satu mayat yang ditemukan dengan kain.
ANGGOTA polis menutup salah satu mayat yang ditemukan dengan kain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia