Utusan Borneo (Sabah)

Penganggur didakwa menyamar sebagai anggota polis

- - Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan menyamar sebagai seorang penjawat awam. Thomas Santekh Singh, 39, yang didakwa mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Afiq Agoes. Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara selama tempoh dua tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya sekali. Tertuuduh menyamar sebagai seorang anggota polis semasa merompak dua peniaga wanita, pada 10 Disember jam 11.30 malam di tepi jalan Taman Telipok Ria, Tuaran. Afiq menetapkan pada 8 Januari tahun hadapan untuk pengurusan kes terbabit di Mahkamah Tuaran. Sementara menunggu kes selesai, mahkamah memberikan ikat jamin sebanyak RM2,000 dicagarkan dua penjamin tempatan. Pegawai Pendakwa Insp Papilus Paulus melakukan pendakwaan terbabit. Sementara itu, Hakim Mahkamah Sesyen Noorhafiza­h Mohd Salim menetapkan pada 12 Januari tahun hadapan untuk pengurusan kes terhadap tertuduh, yang didakwa melakukan rompak berkumpula­n. Keputusan itu dibuat terhadap Thomas selepas mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan. Tertuduh bersama dengan dua orang yang masih bebas, merompak dua mangsa yang sama pada hari dan di tempat yang sama. Semasa melakukan kesalahan itu, mereka merampas empat buah telefon pintar, wang tunai RM5,000 dan pasport Indonesia. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara selama tempoh 20 tahun dan sebat. Bagaimanap­aun, tiada jaminan diberikan kepada tertuduh yang diperintah­kan terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah. Pendakwaan terbabit dilakukan Timbalan Pendakwara­ya Dinesh Raja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia