Utusan Borneo (Sabah)

Bekas pengarah syarikat didakwa buat pernyataan palsu

-

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengarah syarikat pembekal barang elektrik dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini Jumaat atas tiga pertuduhan membuat pernyataan palsu berkaitan maklumat dalam penyata kewangan, 10 tahun lepas. Ho Chooi Mei, 62, selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob. Bagi semua pertuduhan, OKS didakwa telah membuat pernyataan palsu berkenaan butir yang material dalam Penyataan Kewangan berakhir pada 31 Dis 2006, 2007 dan 2008 bagi Syarikat Unisoft Sdn Bhd iaitu suatu borang yang dikehendak­i diserah simpan kepada Pendaftar Syarikat mengikut Seksyen 169(1) Akta Syarikat 1965. Butiran material dalam pernyataan tersebut berkaitan kes tuntutan sivil terhadap Unisoft Sdn Bhd yang sepatutnya dilaporkan dalam “Catatan Kenyataan Kewangan” tetapi tidak dilaporkan oleh OKS dalam penyata itu sebagaiman­a yang dikehendak­i di bawah Seksyen 169(6)(n) Akta Syarikat 1965. Dia dituduh melakukan kesalahan tersebut di Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM), Tingkat 16, 100 Putra Place, Jalan Putra, di sini antara 3 Ogos 2007 dan 6 Ogos 2009. Pendakwaan mengikut Seksyen 364(2) Akta Syarikat 1965 dan boleh dihukum di bawah akta dan seksyen sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda RM250,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Terdahulu, Pegawai Pendakwa SSM, Lidia Fyrulliza Ishak menawarkan jaminan RM15,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin berserta pasport diserahkan kepada mahkamah. Bagaimanap­un, peguam Datuk Geethan Ram Vincent yang mewakili Ho memohon mahkamah mengurangk­an jumlah jaminan kerana sepanjang siasatan, anak guamnya memberi kerjasama yang baik. “Sekiranya jaminan yang tinggi, anak guam saya tidak mampu membayarny­a,” katanya. Mahkamah membenarka­n OKS diikat jamin RM20,000 bagi ketiga-ketiga pertuduhan dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah dan menetapkan 15 Jan untuk sebutan semula kes.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia