Utusan Borneo (Sabah)

The Swans tidak perlukan keajaiban elak penyingkir­an: Carvalhal

-

LONDON, England: Kelab tercorot Liga Perdana Inggeris, Swansea City tidak memerlukan keajaiban untuk mengelak penyingkir­an – mereka hanya perlu mencipta beberapa kemenangan, kata pengurus baharu kelab, Carlos Carvalhal Khamis lepas. Carvalhal dipecat oleh kelab divisyen dua, Sheffield Wednesday sehari sebelum Krismas tetapi Swansea membuat kejutan dengan melantik pengurus dari Portugal itu untuk menggantik­an Paul Clement, yang dipecat pada 20 Disember dengan kelab kekal di tangga terbawah Liga Perdana. Swansea berkata kontrak Carvalhal termasuk pilihan untuk satu lanjutan pada akhir musim. Carvalhal, yang merupakan pengurus tetap kelima Swansea dalam tempoh dua tahun, berkata cabaran sukar seperti yang dihadapi kelab baharu beliau, menarik minatnya untuk menjadi pengurus. “Saya bercakap dengan pengerusi kelab (Huw Jenkins) dan cabaran sukar adalah sesuatu yang saya suka,” kata jurulatih berusia 52 tahun itu. “Semua orang menyedari Swansea berada dalam situasi yang sangat sukar dan ramai orang akan berkata mereka memerlukan keajaiban untuk terus kekal dalam Liga Perdana. “Tetapi saya tidak bersetuju kerana keajaiban bukan sesuatu dari dunia kita – tugas kami adalah untuk menang. Jawatan ini adalah satu cabaran yang sangat bagus dan kami akan berusaha untuk meletakkan pasukan dalam kedudukan lebih baik.” Untuk meyakinkan Swansea mengekalka­nnya selepas musim ini, Carvalhal – yang menyertai rakan senegara Jose Mourinho (Manchester United) dan Marco Silva (Watford) menguruska­n kelab dalam Liga Perdana Inggeris – mungkin perlu menyelamat­kan kelab baharunya dari penyingkir­an. Mereka kini kurang lima mata dari zon selamat dan berada di tangga terbawah liga, tanpa kemenangan dari empat perlawanan terakhir – ketika dibelasah Liverpool 0-5 Selasa lepas. Beliau membimbing Sheffield Wednesday ke playoff Liga Kejuaraan pada dua musim terakhir tetapi hilang tugas selepas lapan perlawanan tanpa kalah menyebabka­n mereka tercicir dari enam pasukan teratas liga. Jenkins berasa yakin Carvalhal boleh menyelamat­kan Swansea. “Masa Carlos di Sheffield Wednesday, yang termasuk dua kali layak ke playoff, menunjukka­n beliau mempunyai karektor dan personalit­i untuk membimbing skuad dan kelab bola sepak, yang juga sangat penting pada masa ini,” kata Jenkins. “Beliau mempunyai keazaman dan cita-cita dan ketika berdepan cabaran besar, saya tahu beliau akan mengharung­inya tanpa gentar.” Leon Britton bekerja sebagai pemain dan pengurus sementara kelab selepas pemecatan Clement tetapi Carvalhal masih belum mengumumka­n jika pemain tengah Swansea sejak sekian lama itu akan terus kekal dalam pasukan kejurulati­han kelab. — AFP

 ??  ?? CARVALHAL
CARVALHAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia