Utusan Borneo (Sabah)

257 waris Saman Oyo bertemu

Majlis Himpunan Keluarga meriah di Tuaran

-

SERAMAI 257 orang ahli waris keluarga besar Saman Oyo@Saman Basar Muhamad telah bertemu pertama kali pada Majlis Himpunan Keluarga itu bertempat di Taman Mini Akuakultur Ko Nelayan Laya Laya Tuaran, pada Jumaat. Pengerusi AJK Badan Kebajikan Keluarga Saman Oyo@Saman Basar Rampayan Manggatal Majlan Majan@Majlan Aliamin berkata, majlis himpunan keluarga yang julung kali diadakan itu bukan sahaja mendapat sambutan yang menggalakk­an daripada anak-anak Saman Oyo malah telah dibanjiri oleh kehadiran anak cucu beliau. Majlis yang bermula seawal jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang itu telah dirasmikan oleh ketua keluarga besar itu Aliaman bin Othman bin Zainal bin Alik bin Muhamad. Katanya, beliau sangat terharu dan gembira dengan sambutan ahli waris yang datang dari Kampung Rampayan, Inanam, Darau, Papar, Tg Aru, Sembulan, Likas, Tuaran, Kota Belud dan Lahad Datu. Othman juga berharap agar ahli waris dari Sipitang, Sarawak dan Brunei dan sebagainya yang tidak sempat hadir dialu-alukan hadir pada majlis himpunan keluarga itu pada masa akan datang. Sehubungan itu, Othman juga ingin menasihati kepada keturunan dan generasi berkenaan supaya menjaga nama baik keluarga besar Saman Oyo agar menjadi model insan kebanggaan negara menjelang Transforma­si Nasional 50 (TN50). Othman berkata, sebagai abang tua, beliau ingin mengajak generasi itu supaya sama-sama melahirkan generasi yang berwawasan dan berilmu tinggi. Katanya, TN50 adalah sebagai program kerajaan yang akan membawa ke arah pembanguna­n negara menjelang tahun 2050. “Sehubungan itu, keluarga besar Saman Oyo juga perlu mempunyai perancanga­n tersendiri dalam semua bidang khususnya bagaimana meningkatk­an taraf ekonomi keturunan berkenaan. “Kita semakin menghampir­i tahun 2020 atau tinggal tiga tahun lagi dari sekarang, Malaysia memerlukan wadah baru bagi meneruskan perjuangan membangunk­an negara ini. “Sudah tiba masanya, bagi kita melakar hala tuju negara selepas tahun 2020, takkanlah pada tahun 2020 nanti, baru kita mula merancang, kita perlu mulakan sekarang,” tegasnya. Terdahulu, pengerusi penganjur Majlan menekankan betapa pentingnya semangat kerjasama dan silaturahi­m dalam kalangan ahli keluarga besar berkenaan. Beliau mengucapak­an jutaan terima kasih atas pengorbana­n masa, idea dan wang bagi menjayakan

Keluarga besar Saman Oyo juga perlu mempunyai perancanga­n tersendiri dalam semua bidang khususnya bagaimana meningkatk­an taraf ekonomi keturunan berkenaan. Kita semakin menghampir­i tahun 2020 atau tinggal tiga tahun lagi dari sekarang, Malaysia memerlukan wadah baru bagi meneruskan perjuangan membangunk­an negara ini. Sudah tiba masanya, bagi kita melakar hala tuju negara selepas tahun 2020, takkanlah pada tahun 2020 nanti, baru kita mula merancang, kita perlu mulakan sekarang.

OTHMAN ZAINAL

himpunan keluarga ini. Selain pertanding­an memancing di kawasan akuakultur itu, para hadirin juga telah dihiburkan dengan pelbagai persembaha­n bebas berkaraoke oleh anak-anak dan cucu-cucu Saman Oyo.

 ??  ?? OTHMAN (duduk, tengah) Majlan(kanan)danyanglai­n merakam gambar bersama keturunan Saman Oyo.
OTHMAN (duduk, tengah) Majlan(kanan)danyanglai­n merakam gambar bersama keturunan Saman Oyo.
 ??  ?? CUCU Saman Oyo diumumkan juara memancing di Akuakultur Laya Laya Tuaran.
CUCU Saman Oyo diumumkan juara memancing di Akuakultur Laya Laya Tuaran.
 ??  ?? JUARA pertanding­an ikan kerapu generasi Saman Oyo.
JUARA pertanding­an ikan kerapu generasi Saman Oyo.
 ??  ?? SERAMAI 257 ahli waris Saman Oyo berhimpun di Taman Mini Akuakultur Ko-Nelayan Laya Laya Tuaran.
SERAMAI 257 ahli waris Saman Oyo berhimpun di Taman Mini Akuakultur Ko-Nelayan Laya Laya Tuaran.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia