Utusan Borneo (Sabah)

Hari Keluarga Aki Modsuan, Odu Kunsuyah meriah di Bundu Tuhan

-

PENGANJURA­N program Hari Keluarga Aki Modsuan dan Odu Kunsuyah kali kedua, telah diadakan di tempat asal moyang mereka di Bundu Tuhan Ranau pada Khamis dengan kehadiran lebih 400 orang ahli keluarga. Berbagai acara diadakan seperti sukaneka, pertanding­an mewarna untuk kanak-kanak dan persembaha­n bakat seni muzik tempatan seperti bungkau oleh ahli keluarga Sinakagon. Program itu dirasmikan oleh Ahli Parlimen Ranau Datuk Ewon Ebin merangkap penaung Sinakagon Modsuan Konsuyah dan beliau juga adalah ahli keluarga Sinakagon dari generasi Polokon Modsuan. Ewon memuji usaha keras oleh pengerusi penganjur Soudi Samy Andang bersama dengan jawatankua­sanya untuk merealisas­ikan pertemuan keluarga yang pertama kalinya diadakan di Bundu Tuhan berkenaan. Sebelum itu, Hari Keluarga Sinakagon Modsuan Konsuyah yang pertama kali diadakan di Tamparuli pada tahun lepas dengan kehadiran lebih 500 orang keluarga. Berucap di majlis itu, Ewon menyeru agar Sinakagon sentiasa menyokong program kekeluarga­an supaya ikatan kekeluarga­an ini menjadi lebih mesra dan mengenali antara satu dengan yang lain. Beliau juga memaklumka­n bahawa hari keluarga kali ketiga kelak akan dibuat di daerah Kota Belud. Bersempena dengan Hari Keluarga Sinakagon itu, Ewon juga bersetuju untuk menubuhkan Yayasan Modsuan Konsuyah demi untuk membantu ahli keluarga Sinakagon dari segi pendidikan dan meningkatk­an ekonomi generasi Sinakagon Modsuan Konsuyah. Turut hadir ialah, Penasihat Sinakagon Supain Lakasa, Pengasas Sinakagon James Gimpas Ghani, Setiausaha Sinakagon Regina Lajau dan Ketua Penolong Pengarah GSPI Japen Ariffin AM Nordin.

 ??  ?? GAMBAR kenangan bersama keluarga Dusai Modsuan.
GAMBAR kenangan bersama keluarga Dusai Modsuan.
 ??  ?? ACARA mengumpul gula-gula untuk kanak-kanak antara acara sukaneka yang diadakan.
ACARA mengumpul gula-gula untuk kanak-kanak antara acara sukaneka yang diadakan.
 ??  ?? EWON (kanan) bersama pengerusi penganjur Soudi Samy Andang.
EWON (kanan) bersama pengerusi penganjur Soudi Samy Andang.
 ??  ?? ACARA memancing ikan kertas sempena Hari Keluarga Sinakagon.
ACARA memancing ikan kertas sempena Hari Keluarga Sinakagon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia