Utusan Borneo (Sabah)

Manfaatkan simpanan KWSP Untuk kehidupan lebih stabil

-

GEORGE TOWN: Mencarum dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bukan sekadar jaminan kewangan pada masa tua tetapi juga bagi pelbagai manfaat untuk kegunaan lain kepada pencarum seperti membeli rumah, membiayai pendidikan dan membuat pelaburan. Seorang pencarum, Nor Hafizah Hussein, 29, berkata pilihan kelonggara­n kepada pencarum membuat pengeluara­n Akaun 2 bagi membayar ansuran pinjaman perumahan menerusi perkhidmat­an e-Pengeluara­n memberi peluang kepada pencarum muda sepertinya memiliki rumah lebih mudah dan cepat. “Kalau dulu, pencarum KWSP kebanyakan­nya perlu tunggu sehingga bersara untuk keluarkan wang bagi membeli rumah tetapi sekarang tidak lagi kerana golongan muda boleh menggunaka­n Akaun 2 untuk membayar hutang rumah. “Saya rasa generasi muda sekarang ini perlu rebut peluang itu, jadi apabila kita bersara sekurang kurangnya hutang berkenaan telah selesai dan mungkin lebihan wang simpanan boleh membeli rumah lain sebagai pelaburan,” katanya kepada Bernama di sini. Beliau berkata wang simpanan selebihnya juga boleh digunakan untuk keperluan lain seperti membuat sedikit pelaburan jangka panjang untuk kegunaan hari tua serta perubatann­ya. Berkongsi pandangan sama, Khairullah Mydin, 30, mengakui memanfaatk­an Akaun 2 untuk membayar pinjaman perumahann­ya dan merancang untuk menyelesai­kan hutang kediamanny­a sebelum bersara. Pegawai teknologi maklumat sebuah syarikat swasta itu berkata beliau juga merancang menggunaka­n simpanan KWSPnya bagi menyambung pelajaran ke peringkat ijazah dalam tempoh dua tahun lagi. “Ada kawan-kawan kata tindakan saya menggunaka­n Akaun 2 untuk bayar ansuran bulanan rumah adalah langkah segera dan akan menyebabka­n jumlah simpanan saya sedikit selepas bersara. Sebenarnya sama sahaja kerana ketika itu (selepas bersara) saya tidak perlu membayar hutang kediaman lagi. “Malah sekarang sudah boleh hidup selesa kerana tidak perlu memikirkan hutang rumah serta simpanan yang selebihnya itu digunakan sepenuhnya untuk perbelanja­an hari tua saya,” katanya. Sementara itu, Mohd Fazil Mohd Ali, 45, yang bekerja sebagai pegawal keselamata­n di sebuah sekolah berkata beliau tidak pernah mengeluark­an wang simpananny­a dalam KWSP kerana ingin membina sebuah rumah di kampung halamannya di Balik Pulau bagi menghabisk­an masa tuanya nanti. Katanya ketika ini beliau dan keluarga tinggal di rumah pusaka arwah ibu mentuanya di Teluk Kumbar serta yakin wang simpanan dalam KWSP dapat digunakan sebaik mungkin selepas persaraan. “Saya dan isteri merancang untuk membuka gerai kecil bersebelah­an rumah yang kami akan bina nanti, jadi saya akan gunakan duit simpanan itu sebagai modal. “Bukan bimbang tidak cukup duit simpanan KWSP itu untuk hari tua tapi saya lebih senang jika ia dilaburkan sedikit untuk berniaga dan kami juga dapat keuntungan dari situ,” katanya.Bernama

Kalau dulu, pencarum KWSP kebanyakan­nya perlu tunggu sehingga bersara untuk keluarkan wang bagi membeli rumah tetapi sekarang tidak lagi kerana golongan muda boleh menggunaka­n Akaun 2 untuk membayar hutang rumah.

NOR HAFIZAH HUSSEIN

Pencarum

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia