Utusan Borneo (Sabah)

Pengeboman di Saint Petersburg, 10 cedera

-

SAINT PETERSBURG: Satu letupan bom buatan sendiri di sebuah pasar raya di bandar raya Saint Petersburg, Rusia, mencederak­an 10 orang kelmarin, kata pegawai, yang mencetuska­n siasatan ke atas cubaan membunuh. “Menurut maklumat awal, satu letupan objek tidak dikenali berlaku dalam sebuah stor,” seorang jurucakap Jawatankua­sa Siasatan Rusia, Svetlana Petrenko, menyebut dalam satu kenyataan. “Letupan itu disebabkan sebuah alat letupan buatan sendiri dengan kuasa bersamaan 200 gram TNT yang diisi dengan serpihan yang boleh membawa maut,” katanya. “Siasatan sedang melihat semua punca yang mungkin telah menyebabka­n kejadian itu,” katanya dan menambah siasatan bagi cubaan membunuh sudah dilancarka­n. Insiden itu berlaku beberapa bulan selepas bandar raya kedua di Rusia digegarkan oleh serangan bom metro pada April lalu yang mengorbank­an 16 orang dan di tengah-tengah kebimbanga­n itu, ratusan warga Rusia yang menyertai peperangan bersama kumpulan pelampau jihad di seberang laut boleh menimbulka­n ancaman keselamata­n yang semakin meningkat di tanah air sendiri. “Sepuluh orang telah dimasukkan ke hospital, nyawa mereka tidak dalam bahaya,” kata ketua unit siasatan Saint Petersburg, Alexander Klaus, kepada agensi berita di Rusia. Seorang wakil kementeria­n kecemasan memberitah­u AFP salah seorang mangsa yang cedera berada dalam keadaan serius. Seorang wartawan AFP di tempat kejadian nampak petugas pertama dan anggota polis serta sebuah kereta milik Jabatan Keselamata­n Persekutua­n (FSB), yang menyiasat tindakan keganasan. Bangunan yang mengandung­i pasar raya terbabit dipercayai tidak mengalami kerosakan serius. Polis sudah menutup kawasan berkenaan manakala pihak berkuasa pengangkut­an bandar raya melencong seketika laluan pengangkut­an awam di kawasan kejiranan. Galina Gustova, 58, melihat suasana dengan rasa terkejut. “Dahsyat betul! Dan ini berlaku ketika orang sedang membeli-belah menjelang percutian,” katanya. “Ia adalah perkara yang bagus orang tidak mati.” Letupan berlaku menjelang perayaan Tahun Baharu serta Natal Ortodoks Rusia, yang jatuh pada 7 Januari. “Saya sering membeli barang runcit di sini, saya mahu masuk tetapi segalanya disekat,” kata seorang lagi penduduk tempatan berusia 20 tahun Viktoria Smirnova. Sumber memberitah­u agensi Rusia bahawa alat letupan itu telah disimpan dalam sebuah lokar penyimpana­n. “Kira-kira jam 6.30 petang, bunyi letupan kedengaran. Akibatnya, beberapa orang telah cedera,” kata polis Saint Petersburg. “Tiada kebakaran berlaku. Semua orang yang membelibel­ah sudah dipindahka­n,” kata seorang wakil kementeria­n kecemasan kepada Interfax. Saksi Artur Yeritsyan memberitah­u agensi berita TASS dia terdengar bunyi letupan dan melihat asap dalam kedai, tetapi pelanggan tidak ramai ketika itu, dengan beberapa mangsa yang dibawa oleh ambulans. Saint Petersburg, yang akan menganjurk­an perlawanan Piala Dunia pada tahun depan, masih merasai serangan bom metro berdarah pada April lalu yang mengorbank­an 16 orang dan mencederak­an puluhan lagi. Serangan bom itu diakui dilakukan oleh sebuah kumpulan yang dikaitkan dengan Al-Qaeda yang menyatakan ia merupakan satu mesej kepada negara yang terbabit dalam peperangan dengan Muslim. Julai lalu, FSB berkata, ia telah menahan tujuh orang yang sedang menyediaka­n perbuatan ganas di Saint Petersburg, khususnya sistem kereta api dan tempat perhimpuna­n awam utama. Pada bulan lepas, jabatan keselamata­n Rusia berkata mereka sudah membubarka­n sebuah sel kumpulan Daesh (IS) yang dipercayai sedang merancang serangan di bandar raya itu. Pengarah FSB Alexandra Bortnikov berkata pada awal Disember lalu kira-kira 4,500 warga Rusia sudah pergi ke seberang laut untuk menyertai kumpulan “pengganas”. — AFP

 ??  ?? KENDERAAN perkhidmat­an kecemasan memenuhi pekarangan pasar raya sejurus letupan di St Petersburg, kelmarin. — Gambar Reuters
KENDERAAN perkhidmat­an kecemasan memenuhi pekarangan pasar raya sejurus letupan di St Petersburg, kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia