Utusan Borneo (Sabah)

Rosmawar dinobatkan juara AJLS 2017 Konsert anjuran KB Hitz FM

-

ROSMAWAR AK Muhiddin terkejut dan bagai tidak percaya apabila namanya diumumkan sebagai juara di Konsert Akhir Anugerah Juara Lagu Sama Sabah (AJLS) 2017 yang berlangsun­g dengan meriahnya di Dewan Terbuka Datuk Musbah Taun Gusi baru-baru ini. Beliau yang membawakan lagu berjudul `Kiti Nia Pinejulur’ sebelum itu membuat persembaha­n dengan gimik gesekan biola oleh Pak Masruh Siadik yang memukau khalayak dan seterusnya menambat hati panel juri. Naib juara disandang oleh Siti Anifah dengan lagunya `Nia Serasuk’ manakala tempat ketiga pula disandang oleh lagu duet `Sumpah Ti’ dendangan Nordin Banda ft. Ruby yang menampilka­n sketsa menarik di awal persembaha­n. Dua anugerah khas juga disediakan pada malam berkenaan iaitu Anugerah Persembaha­n Malatops (Madsari Anggau) dan juga Anugerah Vokal Paling Popular yang dimenangi oleh Adin Awal. Madsari mendendang­kan lagu berjudul `Kasih’ manakala Adin pula mempersemb­ahkan lagu hitsnya `Kiti Boi Sekilo.’ Konsert juga turut diserikan dengan penampilan khas The Legend Continued Arbi Sidek dan Rablin Nobin, penampilan khas kumpulan Poseidon pimpinan Kaynizam Maskor serta persembaha­n menakjubka­n legenda rock Dino dari kumpulan Menara (penerima Anugerah Buluh Perindu-jasamu tetap di kenang). Finalis lain yang turut beraksi di malam gilang gemilang itu antaranya ialah artis Sama Kota Belud JJ Sham (Dendo Manisan),Alap Lagi Beranti (Asman Man),Kaban Intomku (Md Lasim),Zaza (Pedih Nimbanan) Wahab Undak (Janji Diom Uran) manakala dari Kota Marudu BoyKM (Reso Yatim Piatu) dan dari Kota Kinabalu Kiti Jomo Bioso (Kelana Mualam),Alias Adina (Temban Diriku) & Kau Dangan (Yusri Lih). Kesemua hadiah disampaika­n oleh Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Hj.Musbah Jamli yang mewakili Datuk Seri Panglima Dr.Mohd.Salleh Tun Said Keruak. Turut menyaksika­n konsert bersama khalayak yang membanjiri dewan terbuka berkenaan ialahPenga­rah UPPM Sabah Datuk Japlin Akim,Presiden Persatuan Sama Sabah Datuk Abdullah Sibil merangkap Yang Dipertua Dewan Usahawan Bumiputera Negeri Sabah,Pengarah Urusan TJ Group Jamaika Kisau selaku penaja utama bersama Christ Batrice dari Empayar Sans KB,wakil Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bistari (penaja bersama), Pengurus KB Hitz FM Ani Mustapa,wakil dari Pejabat Parlimen Kota Belud,komposer Asmin Mudin dan kalangan Ahli Majlis Tertinggi SCORE,Presiden Persatuan Artis Bajau Negeri Sabah (PABNS) Ady bersama AMT dan perwakilan,KPLS (Tuaran & KB),Din Studio Production dan daripada kumpulan-kumpulan NGO. Konsert Akhir AJLS 2017 menyaksika­n juara-juara bulan dan pemegang tiket emas mara ke final setelah berentap dalam Carta Hitz 10 anjuran radio digital KB Hitz FM. Carta Hitz 10 bermula pada awal Julai lalu dengan konsert penobatan juara bulanannya yang pertama. Konsert penobatan juara Ogos berlangsun­g di halaman Aravilla Homestay serentak dengan sambutan bulan kemerdekaa­n manakala Konsert penobatan juara bulan September berlangsun­g dengan jayanya di Dewan Persatuan Sama Sabah. Pada saat kebangkita­n KB Hitz FM selaku radio online teraktif di Sabah dengan aktiviti luarnya, kepercayaa­n sepenuhnya telah diberikan kepada radio internet ini melangsung­kan Konsert penobatan juara bulan Oktober,sebagai acara penutup sambutan pesta Tamu Besar Kota Belud yang berlangsun­g di perkaranga­n Majlis Daerah Kota Belud.

 ??  ?? ANUGERAH Buluh Perindu kepada Dino Menara.
ANUGERAH Buluh Perindu kepada Dino Menara.
 ??  ?? KESEMUA 14 nalis merakamkan gambar kenangan bersama Musbah,Abdullah,Japlin dan Sabli.
KESEMUA 14 nalis merakamkan gambar kenangan bersama Musbah,Abdullah,Japlin dan Sabli.
 ??  ?? JUARA AJLS 2017,Rosmawar menerima hadiah daripada Musbah.
JUARA AJLS 2017,Rosmawar menerima hadiah daripada Musbah.
 ??  ?? LAGU ‘Nia Serasuk’ dendangan Siti Anifah dinobatkan Naib Juara AJLS
LAGU ‘Nia Serasuk’ dendangan Siti Anifah dinobatkan Naib Juara AJLS
 ??  ?? MADSARI terpilih memenangi Anugerah Persembaha­n Malatops.
MADSARI terpilih memenangi Anugerah Persembaha­n Malatops.
 ??  ?? ADIN Awal dianugerah­kan Vokal Paling Popular.
ADIN Awal dianugerah­kan Vokal Paling Popular.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia