Utusan Borneo (Sabah)

Impak komitmen pasukan keselamata­n

Rekod bersih kes culik dan tebusan pada 2017

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Rekod bersih kes culik dan tebusan di perairan perbatasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) sepanjang 2017 menunjukka­n impak komitmen pasukan penguatkua­sa sehingga wujudnya trend positif status keselamata­n di kawasan terlibat.

Perubahan itu dikatakan bertitik-tolak daripada kejayaan Kawasan Keselamata­n Pantai Timur Sabah (Esscom) bersama pasukan penguatkua­sa lain memastikan tidak ada kes culik dan tebusan berlaku sepanjang 2017 di perairan perbatasan Esszone.

Pemimpin-pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dihubungi Utusan Borneo, di sini, Selasa, menyifatka­n pencapaian 2017 itu boleh membawa angin perubahan bukan hanya aktiviti di perairan perbatasan tetapi juga memberikan kesan di seluruh negara.

Presiden BIMP-EAGA Traders Associatio­n (BETA) Sabah Ahdie Dodds memuji pencapaian positif Esscom dan pasukan-pasukan penguatkua­sa negara yang lain.

“Kita bersyukur dengan rekod bersih kes culik dan tebusan di kawasan sempadan Esszone pada 2017, kerana keadaan sebegini amat diperlukan untuk aktiviti perdaganga­n.

“Lebih-lebih lagi, BETA yang menjalin hubungan dagang melibatkan kawasan perairan antara Sabah dengan wilayah-wilayah berjiran di Filipina dan Indonesia,” katanya.

Bagaimanap­un, Ahdie percaya usaha menjaga keselamata­n di perbatasan juga memerlukan nilai tambah selain keutamaan diberikan kepada aspek pertahanan negara.

Beliau berharap ruang untuk aktiviti ekonomi melibatkan hubungan dagang antara tiga negara berjiran (Malaysia, Filipina dan Indonesia) dapat dijalankan dengan lebih terbuka.

“Esscom dan pasukan penguatkua­sayanglain­diharap dapat menilai semula implikasi pendekatan mereka terhadap aspek pembanguna­n sosial, masyarakat dan ekonomi.

“Namun, kita menyokong Perintah Berkurung dan menyifatka­n wajar sekiranya aktiviti di laluan perdaganga­n berjalan pada waktu siang bukannya ketika hari gelap,” katanya.

Presiden Persatuan Sukan Permotoran Tawau Sabah (TMAS) Ringo Chung juga memuji pencapaian meyakinkan Esscom dan pasukan penguatkua­sa yang lain sepanjang 2017.

Ikon sukan permotoran yang juga digelar King of Borneo (drag race) itu berkata kerancakan sukan terbabit juga bergantung kepada tahap keselamata­n yang dicapai.

“Ketika isu Tanduo meletus pada 2013, pelumbapel­umba yang kita jemput dari Singapura dan Johor menolak pelawaan untuk menyertai karnival permotoran di sini.

“Walaupun saya memberitah­u Tawau dan Tanduo berada di lokasi yang berbeza dan jauh, namun mereka tetap tidak mahu datang kerana khuatir dengan risiko keselamata­n.

“Tetapi pada tahun lepas, kita melihat perubahan positif apabila pelumbapel­umba yang dijemput dari luar negeri sudah mahu datang menyertai program di Tawau,” katanya.

Ringo berharap isu ketirisan laluan tikus sentiasa dipantau pasukanpen­guatkuasaE­sscom serta polis, tentera, Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) dan yang lain.

Kesemua entiti pasukan penguatkua­sa terbabit juga diharap sentiasa konsisten dengan penuh tanggungja­wab mengekang jenayah rentas sempadan di laluan-laluan tikus.

Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Islam Sabah (Perkebas) Resuhud Suaib yang menetap di Semporna mengakui keberkesan­an kawalan perbatasan negara.

“Dahulu aktiviti keluarmasu­k di kawasan perairan perbatasan negara seperti di sempadan Semporna-Filipina Selatan, agak mudah untuk dibolosi oleh pihak-pihak oportunis.

“Tetapi sekarang, situasi di kawasan-kawasan sensitif yang menjadi tumpuan aktiviti keluar-masuk, sudah dikawal dengan rapi oleh pasukan penguatkua­sa negara.

“Impaknya begitu ketara semenjak sistem penggilira­n penugasan di sempadan melibatkan pasukan penguatkua­sa dari Semenanjun­g dan Sarawak mula diperkenal­kan,” katanya.

Namun, Resuhud berharap kelonggara­n diberikan kepada komuniti nelayan di Semporna untuk menangkap ikan kerana jarak operasi yang dibenarkan sekarang semakin terhad.

Beliau berkata selain pelanconga­n, sektor perikanan turut menyumbang kepada pembanguna­n ekonomi dan menjadi sumber pendapatan utama masyarakat tempatan.

Yang Dipertua Persatuan Silaturrah­im Semporna Juladi Baladi pula berkata nikmat keamanan di perbatasan negara pada sepanjang 2017 wajar disyukuri rakyat Sabah.

“Kita melihat impaknya amat penting untuk memastikan jaminan keselamata­n terus dipertahan­kan, ketenteram­an negara ditingkatk­an serta menjana ekonomi rakyat.

“Kita berharap pencapaian positif pada 2017 diteruskan oleh pasukan penguatkua­sa kita khususnya Esscom untuk memastikan keamanan berterusan dinikmati negara.

“Pasukan penguatkua­sa kita juga diharap tidak leka dengan kejayaan itu, malah sentiasa meningkatk­an pengawasan kerana mungkin ‘pengacau’ masih mengintai ruang,” katanya.

 ??  ?? JULADI
JULADI
 ??  ?? AHDIE
AHDIE
 ??  ?? RINGO
RINGO
 ??  ?? RESUHUD
RESUHUD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia