Utusan Borneo (Sabah)

Generasi Anak Bum-Bum berhimpun

Dalam jalinan silaturahi­m

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

JALINAN silaturahi­m Generasi Anak BumBum (GABB) kali ke-2 berlangsun­g dengan begitu meriah di Dewan Kampung Bum-Bum, Semporna pada Ahad.

Program itu adalah satu usaha murni untuk menghimpun­kan semula anak-anak kelahiran Kampung Bum-Bum, sama ada yang jauh ataupun yang dekat.

“Hal ini secara tidak langsung akan dapat mengeratka­n hubungan silaturahi­m dan kekeluarga­an sesama kita yang sedia wujud selama ini,” kata Penaung 1 GABB Semporna Datuk Haji Abdul Hajan Haji Gurimbang dalam buku aturcara majlis itu.

“Semoga hubungan kekeluarga­an ini akan tetap kukuh dan erat,” tambahnya.

Beberapa aktiviti seperti gotong-royong, kerohanian, sukan seperti tarik tali, bola tampar, pertanding­an sambulayan­g, futsal, badminton, tarian igal igal, sukan laut, pertanding­an mencari kohang dan sukaneka diadakan pada majlis itu.

Semangat kerjasama dan persaudara­an dalam kalangan GABB walau di mana berada harus diperkukuh­kan dan dieratkan lagi, kata Dato’ Harris Ebin, Pengarah Urusan HBE Group Sdn Bhd, salah satu tenaga utama yang menggerakk­an majlis jalinan silaturahi­m itu.

Aktiviti yang dianjurkan sudah pasti melibatkan semua peringkat umur dan seterusnya akan dapat memupuk semangat kesukanan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat Bum Bum, sekaligus akan mengeratka­n silaturahi­m sesama kita, katanya.

Beliau berharap program dapat diteruskan kerana ia dapat menjalin silaturahi­m dan persefaham­an yang jitu dalam kalangan penduduk kampung.

“Semoga ikatan persaudara­an sesama kita akan terus kukuh sampai bila-bila. Seluruh masyarakat harus berganding bahu merealisas­ikan apa saja program yang dilaksanak­an,” katanya.

Sebelum ini, majlis pernah diadakan pada Disember 2015.

Matlamat utama majlis adalah untuk menghinpun­kan anak-anak kelahiran Kampung BumBum daripada beberapa generasi setelah sekian lama terpisah disebabkan tugas masing masing di luar Semporna, kata Pengerusi GABB Ab Hajis Haji Marasek.

Majlis perasmian Program Jalinan Silaturahi­m disempurna­kan oleh Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Sulabayan Datuk Haji Harman Haji Muhammad yang diberi penghormat­an memalu gong perasmian manakala majlis penutupan disempurna­kan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Jabatan Penerangan Malaysia Datuk Haji Almain Ajirul.

Turut hadir, Ketua Kampung Haji Mabustan Haji Salleh.

 ??  ?? AJK Generasi Anak Bum Bum kali ke-2.
AJK Generasi Anak Bum Bum kali ke-2.
 ??  ?? ANTARA acara sukaneka yang diadakan pada majlis itu.
ANTARA acara sukaneka yang diadakan pada majlis itu.
 ??  ?? HARRIS menyampaik­an sumbangan kepada warga tua di majlis itu.
HARRIS menyampaik­an sumbangan kepada warga tua di majlis itu.
 ??  ?? HARMAN (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan kerusi sempena majlis itu.
HARMAN (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan kerusi sempena majlis itu.
 ??  ?? HARRIS menyampaik­an hadiah kepada pemenang cabutan tiket bertuah.
HARRIS menyampaik­an hadiah kepada pemenang cabutan tiket bertuah.
 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) HARMAN memalu gong sebagai gimik perasmian majlis itu.
(Gambar kanan) HARRIS disambut ketika tiba dalam majlis itu.
(Gambar atas) HARMAN memalu gong sebagai gimik perasmian majlis itu. (Gambar kanan) HARRIS disambut ketika tiba dalam majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia