Utusan Borneo (Sabah)

Projek pengawalan hakisan pantai di Kampung Batu 1 bermula Jun 2018

- Abdul Aziz Mohd Yusuf (kiri).

MIRI: Pembinaan projek pengawalan hakisan pantai di Kampung Batu 1, Kuala Baram berkonsepk­an marina iaitu yang pertama di Sarawak dijangka akan bermula Jun 2018 dan siap dalam tempoh tiga tahun.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kerajaan memperuntu­kkan RM25 juta bagi mengindah dan menaik taraf kemudahan tempat pendaratan nelayan dan peraih ikan.

Bercakap semasa sidang media semalam, beliau berkata projek berkenaan meliputi pembinaan struktur kawalan hakisan seperti lapis lindung batu, pemecah air, geotube dan struktur sesuai dan kaedah bukan struktur seperti penambakan pantai.

“Konsep projek ini menggunaka­n model yang sudah berjaya dilaksanak­an di Terengganu. Ini merupakan projek kedua di negara ini. Memandangk­an ia pertama di Sarawak, kita mahu ia dilaksanak­an mengikut stail bandar.

“Apabila siap nanti, ia bukan hanya menjadi ikon untuk mengatasi masalah pesisiran pantai malah merancakka­n aktiviti ekonomi nelayan dan kawasan sekitar,” katanya selepas melawat Kampung Batu 1, Kuala Baram di sini pada Ahad.

Beliau menambah, pelan perlaksana­an projek itu sudah diluluskan dan dijangka dibuka untuk tender pada Mac 2018 melalui Jabatan Pengairan dan Saliran.

Terletak berhadapan Laut China Selatan, pantai Kampung Batu 1 Kuala Baram merupakan tempat pendaratan nelayan dan tempat peraih ikan sering terdedah dengan ombak besar selain kawasan pendaratan yang tidak mempunyai kemudahan keluar masuk bot yang sempurna.

Selain itu, risiko bot karam akibat hentaman ombak kuat, kebanjiran laut ketika pasang menyebabka­n kemudahan kawasan pendaratan ikan dilimpahi air laut yang merosakkan harta benda awam sekali gus menjejaska­n pendapatan nelayan.

Hadir sama Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin, Pengarah Besar JPS Malaysia Datuk Dr Mohd Nasir Md Noh dan Pengarah JPS Sarawak Chok Moi Soo.

 ??  ?? WAN Junaidi (dua kiri) Chok (dua kanan) dan Lee (kanan) melihat lakaran projek Pembinaan Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Kampung Batu 1, Kuala Baram semalam. Kelihatan sama Pegawai Daerah Miri
WAN Junaidi (dua kiri) Chok (dua kanan) dan Lee (kanan) melihat lakaran projek Pembinaan Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Kampung Batu 1, Kuala Baram semalam. Kelihatan sama Pegawai Daerah Miri
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia