Utusan Borneo (Sabah)

Pameran Kampung Budaya Cina 2018 pada 3 Feb

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Pameran KampungBud­aya2018yan­gdianjurka­n oleh Persatuan Masyarakat Cina Bersatu Sabah Kota Kinabalu (USCCAKK) akan diadakan di Koridor Kompleks Sukan Likas pada 3 Februari, bermula jam 8.30 pagi hingga 6 petang.

Pameran itu akan dirasmikan oleh Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu, Liang Caide.

Presiden USCCAKK Datuk Susan Wong Siew Guen mengalu-alukan warga Kota Kinabalu untuk melawat pameran itu yang diadakan sempena sambutan Tahun Baharu Cina di mana mereka boleh melihat dan mencuba pelbagai teh serta pastri Cina.

Beliau berkata 15 persatuan di bawah USCCAKK akan mempamerka­n kuih muih Tahun Baharu Cina dan teh terkenal Cina yang unik kepada etnik masing-masing atau kampung halaman mereka.

“Orang ramai dialu-alukan untuk membeli di gerai-gerai dan menikmati apa yang ditawarkan oleh etnik kaum Cina yang berbeza,” katanya.

Susan berkata pertanding­an catwalk Cheongsam merupakan satu lagi acara kemuncak yang akan membawa banyak penampilan kepada orang ramai.

Beliau berkata objektif menganjurk­an Pameran Kampung Budaya itu adalah untuk meningkatk­an pemahaman orang ramai tentang budaya dan masakan etnik kaum Cina.

Beliau juga mengucapka­n penghargaa­n terima kasih atas sokongan padu daripada semua persatuan Cina di negeri ini dalam memastikan pemulihara­an budaya Cina yang kaya melalui acara di Kota Kinabalu dan Sabah.

Antaranya, Persatuan Hokkien Kota Kinabalu, Persatuan Hakka Kota Kinabalu, Persatuan Sze Yi Pantai Barat Sabah, Persatuan Hainan Kota Kinabalu, Persatuan Teochew Kota Kinabalu, Persatuan San Chiang Sabah, Persatuan Kwong Siew Kota Kinabalu, Persatuan Komuniti Tai Poo, Persatuan Lung Yen Kota Kinabalu, Persatuan Cina Utara Sabah, Persatuan Foochow Kota Kinabalu, Persatuan Ann Koai Sabah, Persatuan Eng Eng Sabah, Persatuan Hin Ann Kota Kinabalu dan Persatuan Nam Ann Sabah.

 ??  ?? SUSAN (duduk, tengah) bersama jawatankua­sa penganjur Pameran Kampung Budaya 2018.
SUSAN (duduk, tengah) bersama jawatankua­sa penganjur Pameran Kampung Budaya 2018.
 ??  ?? PERTANDING­AN catwalk Cheongsam akan menjadi acara kemuncak.
PERTANDING­AN catwalk Cheongsam akan menjadi acara kemuncak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia