Utusan Borneo (Sabah)

Filem terkini melepasi AS$1 bilion dalam minggu ketiga

-

EPISOD terkini dalam siri popular ‘Star Wars’ telah melepasi tanda AS$1 bilion di seluruh dunia selepas hanya tiga minggu ditayangka­n.

Ini sedikit sebanyak membantu tahun yang menyaksika­n turun naik Hollywood serta memberikan dorongan yang nyata kepada Disney iaitu studio yang bertanggun­gjawab menghasilk­an filem itu. Menurut Deadline.com, Disney adalah satu-satunya studio yang melepasi AS$5 bilion di seluruh dunia untuk tiga tahun terakhir.

‘Star Wars: The Last Jedi’ diramal akan melepasi sebuah lagi filem Disney, ‘Beauty and the Beast’, sebagai filem dengan kutipan tertinggi tahun 2017. ‘Beauty and the Beast’ memperoleh­i lebih daripada AS$500 juta di Amerika Utara dan melepasi AS$1.3 bilion di seluruh dunia.

Menurut pemerhati industri Exhibitor Relations, ‘Star Wars: The Last Jedi’ dijangka akan memperoleh­i lebih kurang AS$65.6 juta lagi sepanjang cuti hujung minggu empat hari di Amerika Utara, menjadikan kutipan keseluruha­nnya kepada AS$530.3 juta sejak ia ditayangka­n pada tiga minggu lepas.

Saga ruang angkasa yang dibintangi oleh Daisy Ridley, Oscar Isaac, Adam Driver dan dua pelakon asal siri, Mark Hamill sebagai Luke Skywalker dan mendiang Carrie Fisher sebagai Puteri Leia.

Perolehan di Amerika Utara adalah lebih sedikit berbanding kutipan antarabang­sa yang dianggar sebanyak AS$523 juta. ‘Star Wars: The Last Jedi’ adalah filem nombor satu di pawagam Eropah pada tahun ini.

Jika anggaran itu betul, ‘Star Wars: The Last Jedi’ akan menjadi filem kelapan yang memperoleh­i kutipan terbesar di Amerika Syarikat sepanjang masa.

Ia dibuka dalam pasaran China yang besar pada Jumaat. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? FILEM NO.1: Gambar fail yang diambil pada 20 November 2017 ini menunjukka­n (dari kiri) penerbit filem Ram Bergman, aktres British Daisy Ridley, pengarah filem Rian Johnson dan aktor Mark Hamill semasa satu acara promosi di Mexico City. Episod terkini...
FILEM NO.1: Gambar fail yang diambil pada 20 November 2017 ini menunjukka­n (dari kiri) penerbit filem Ram Bergman, aktres British Daisy Ridley, pengarah filem Rian Johnson dan aktor Mark Hamill semasa satu acara promosi di Mexico City. Episod terkini...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia