Utusan Borneo (Sabah)

Kanak-kanak palsi serebrum teruja mulakan persekolah­an

-

KUANTAN:Kanak-kanak penghidap palsi serebrum Muhammad Aiman Syazrin Abdullah, 7, begitu teruja untuk memulakan sesi persekolah­an pada Selasa sehinggaka­n dia bangun sebelum 6 pagi.

Murid kelas 1 UM Program Pendidikan Khas Integrasi di Sekolah Kebangsaan (LKTP) Bukit Goh di sini, berkata ini kali pertama dia menjejakka­n kaki di sekolah kerana tidak pernah berpeluang ke tadika berikutan keadaannya yang perlu berkerusi roda selain perlu dibantu untuk ke tandas.

“Seronok... saya ada beg Spiderman. Pensel boleh simpan dalam beg Boboiboy,” katanya sambil menunjukka­n peralatan sekolahnya yang mempunyai watak animasi terkenal tersebut kepada pemberita semasa ditemui pada Selasa.

Walaupun hanya mempunyai empat rakan sekelas, Muhammad Aiman Syazrin berkata dia tetap gembira dan berbangga kerana telah menerima pujian daripada guru Norhaliza Razali selepas berjaya menyiapkan tugasan iaitu melakar mengikut garisan dengan baik.

Ditanya impiannya, kanakkanak yang petah bercakap itu menjawab: “Saya mahu belajar main bola. Saya hendak jadi pemain bola.”

Anak sulung daripada dua beradik itu kemudianny­a memberitah­u amat meminati pasukan bola sepak Real Madrid dan pemain terkenal Cristiano Ronaldo selain sering menonton sukan itu di kaca televisyen.

SK (LKTP) Bukit Goh turut menerima dua pasangan kembar, Muhamad Danial Aiman Mohd Khairi dan Muhamad Danish Aiman serta Muhamad Hanafi Danial Mohd Zawawi dan Muhamad Hanafi Danish yang memulakan persekolah­an tahun satu, pada Selasa.

Muhamad Danial Aiman berkata dia seronok untuk ke sekolah pada hari ini kerana dapat bertemu dengan rakanrakan baharu dan berjanji untuk belajar bersungguh­sungguh supaya ‘mendapat nombor baik’.

Muhammad Hanafi Danish yang ditempatka­n di kelas 1 USM berkata dia lega kerana tidak dipisahkan daripada kembarnya, sekali gus membolehka­n mereka saling membantu dalam pelajaran.

Sementara itu, guru besar sekolah terbabit Siti Umihani Ahjar berkata pasangan kembar itu dan Muhammad Aiman Syazrin merupakan sebahagian daripada 120 murid tahun satu yang mendaftar pada sesi persekolah­an tahun ini.

Secara keseluruha­n, sekolah itu mempunyai 845 murid dan 66 orang guru. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia