Utusan Borneo (Sabah)

Mourinho selar kritikan Scholes terhadap Pogba

-

LIVERPOOL, England: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho, menyelar bekas bintang United, Paul Scholes Isnin lepas kerana kritikan barubaru ini terhadap pemain tengah semasa United, Paul Pogba dan berkata Pogba sentiasa memberikan segala-galanyadal­ampadang walaupun kadang-kadang tidak membuahkan hasil.

Scholes, yang menjadi pengulas bola sepak untuk penyiaran BT Sport sejak bersara sebagai pemain pada 2013 setelah menghabisk­an sepanjang kerjaya cemerlang di United, mengkritik Pogba kerana “bermain sambil lewa” ketika United seri tanpa jaringan dengan Southampto­n Sabtu lepas.

Pogba mengumpan bola untuk gol pembukaan Anthony Martial ketika menentang Everton Isnin lepas sebelum United menang 2-0 dan menamatkan tiga keputusan seri berturut-turut dengan Mourinho memberikan sokongan kepada Pogba, pemain paling mahal United pada nilai 89 juta pound apabila dibeli dari Juventus pada 2016.

“Paul cuba melakukan yang terbaik sepanjang masa dan kadang-kadang beliau bermain dengan sangat baik dan kadang-kadang tidak tetapi ia bukan kesalahan beliau kerana mendapat gaji lebih banyak dari Paul Scholes,” kata Mourinho.

“Ia bukan kesalahan Paul Pogba, ia hanya lumrah bola sepak tetapi saya fikir Scholes akan mencipta sejarah sebagai seorang pemain yang hebat tetapi bukan seorang pengulas. Beliau tidak membuat ulasan, beliau hanya mengkritik.”

Gol kedua United dijaringka­n Jesse Lingard pada minit ke-81 ketika United memintas Chelsea ke tangga kedua liga.

Beliau mengekalka­n reputasiny­a ‘bertengkar’ dengan orang penting dalam bola sepak dengan komen lanjut kepada Scholes dan bekas bintang United seperti Ryan Giggs yang mengkritik pasukannya.

“Prestasi kami sangat bagus, jadi mungkin saya bernasib baik ketika ini dan mereka yang dulunya hebat (bekas pemain) yang berkata saya tidak bagus bulan lepas akan berkata saya bagus sekarang,” kata beliau.

“Ada orang fikir mereka harus berada di kelab tetapi ia satu masalah yang tidak dapat saya selesaikan.” – Reuters

 ??  ?? POGBA diasak dua pemain Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Goodison Park, Liverpool.
POGBA diasak dua pemain Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Goodison Park, Liverpool.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia