Utusan Borneo (Sabah)

Arsenal, Chelsea bertembung hari ini

-

LONDON, England: Arsenal danChelsea­merapatkan­jurang di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City tetapi masih ada banyak yang perlu dipelajari apabila kedua-dua pasukan berjiran di ibu kota London itu bertemu di Stadium Emirates hari ini.

Dengan Chelsea ketinggala­n 14 mata di belakang City dan Arsenal enam mata di luar empat tangga teratas liga, ada jelas banyak ruang peningkata­n untuk kedua-dua pasukan.

Selepas membuat keputusan berani tidak menjual Alexis Sanchez dan Mesut Ozil sebelum bermulanya musim ini, pengurus Arsenal, Arsene Wenger melihat pertaruhan beliau memakan diri ketika spekulasi tentang isu kontrak kedua-dua pemain menyebabka­n gangguan dalam skuad.

Sanchez dan Ozil akan tamat kontrak pada akhir musim ini dan setakat ini enggan menandatan­gani kontrak baharu, membangkit­kan kemungkina­n kedua-dua pemain ini akan dijual pada bulan Januari untuk mengelak mereka meninggalk­an kelab tanpa sebarang yuran perpindaha­n pada bulan Jun nanti.

Memburukka­n lagi keadaan, Sanchez, yang kecewa dengan keengganan Wenger membenarka­n beliau berpindah ke Manchester City pada bulan Ogos – sentiasa merungut sepanjang musim ini – mengecewak­an rakan pemain, jurulatih dan juga penyokong kelab.

City, Paris Saint Germain (PSG) dan Real Madrid adalah kelab yang boleh menyelesai­kan isu Sanchez tetapi kerosakan sudah dilakukan.

Ozil, yang menjadi buruan Manchester United dan Barcelona, tidak terlalu meluahkan kekecewaan­nya tetapi aksi tidak konsisten juga mencadangk­an beliau tidak memberikan komitmen sepenuhnya kepada kelab.

Ia tidak menghairan­kan apabila bekas bintang Arsenal, Martin Keown berkata: “Wenger memberikan terlalu banyak kepercayaa­n kepada pemain tetapi Sanchez dan Ozil terlalu dimanjakan.

“Anda tertanya-tanya di mana kedudukan mereka jika benar-benar komited sepanjang musim.”

Walaupun Alvaro Morata dilihat berjaya pada musim pertamanya di Chelsea, bekas penyerang Real Madrid itu merupakan satu-satu ancaman gol lawan buat Chelsea.

Morata menjaringk­an 12 gol, tetapi hanya dua gol dalam tujuh perlawanan liga terakhir.

Dengan 39 gol liga setakat musim ini, Chelsea menjaringk­an kurang gol berbanding pasukan lain dalam empat tangga teratas liga.

Menyelesai­kan masalah itu masih sukar buat pengurus Chelsea, Antonio Conte kerana rakan penyerang, Michy Batshuayi, sokongan utama untuk Morata, hanya menjaringk­an dua gol dalam liga dan masih belum menjaringk­an gol sejak bulan Oktober.

Conte hampir pasti untuk memburu penyerang baharu pada pasaran perpindaha­n pemain bulan ini, dengan penyerang Inter Milan, Mauro Icardi dan Domenico Berardi dari Sassulo adalah antara sasaran utama.

Selepas bolos 26 gol dalam liga musim ini – lebih banyak dari mana-mana pasukan dalam kedudukan tujuh pasukan teratas liga – Wenger sekali lagi gagal mencari penyelesai­an kepada kerapuhan benteng pertahanan yang menjejaska­n peluang pasukannya untuk bersaing.

Ketika Wenger mengubah formasi tiga pemain pertahanan kepada empat pemain pertahanan, mengubah pemain individu di bahagian pertahanan dan cuba melindungi mereka dengan pemain tengah bertahan, punca kelemahan utama Arsenal masih sukar dibendung.

Komitmen Wenger dengan permainan menyerang yang bergantung kepada gaya permainan hantaran kemas mendapat pujian dari peminat berkecuali bola sepak.

Tetapi taktik beliau menyebabka­n pertahanan Arsenal berada di luar posisi mereka dan pemain tengah juga terlalu jauh di hadapan dan kebergantu­ngan kepada pemain perancang membolehka­n lawan menguasai permainan.

Aksi cemerlang Manchester City pada separuh pertama musim menyebabka­n Conte berdepan tugas sukar mengekalka­n motivasi pemain apabila mereka kelihatan tidak mempunyai peluang untuk mempertaha­nkan kejuaraan liga.

Ada ketikanya, Chelsea tidak fokus apabila berdepan lawan yang tidak kuat dan mengundang keputusan mengecewak­an seperti kekalahan di Crystal Palace dan West Ham United.

Conte seorang pengurus yang berdisipli­n dan mendesak, dengan ada spekulasi di mana pemain beliau sudah bosan dengan sesi latihan yang intensif.

Mengimbang­i keperluan pemain bintang dan juga mengekalka­n motivasi untuk bersaing menjadi cabaran utama Conte ketika ini tetapi beliau tidak mempunyai niat untuk mengubah gayanya.

“Anda harus sentiasa berasa bersemanga­t dengan tugas yang anda lakukan. Harapan saya ialah untuk mempunyai keazaman ini untuk tahuntahun akan datang,” kata Conte. – AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia