Utusan Borneo (Sabah)

Silva lengkapkan perpindaha­n selepas empat bulan menunggu

-

LONDON, England: Pemain tengah dari Portugal, Adrien Silva, berkata beliau cuba untuk kekal positif sepanjang tempoh sukar yang berakhir Isnin lepas apabila melengkapk­an perpindaha­n ke Leicester City.

Pemain berusia 28 tahun – yang bermain 20 kali dan salah seorang skuad Portugal yang memenangi Euro 2016 – terpaksa menunggu empat bulan untuk melengkapk­an perpindaha­n bernilai 22 juta pound dari Sporting Lisbon.

Pemain tengah berkelahir­an Perancis itu berada dalam kedudukan tanpa status kerana perpindaha­n asal beliau tidak diterima kerana penyerahan dokumen lewat 14 saat dari tarikh tutup pada bulan Ogos – dengan satu rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) juga gagal.

“Apabila anda mempunyai satu tempoh seperti itu, ia turun naik,” kata Silva ketika memberitah­u stesen TV kelab.

“Anda harus bersikap positif dari segi mental dan ia adalah apa yang cuba saya lakukan. Saya mengekalka­n fokus kepada tugas dan apa yang saya suka lakukan.”

Silva, yang turut disenaraik­an di bangku simpanan untuk perlawanan menentang Huddersfie­ld Town Isnin lepas, berkata beliau sentiasa mengekalka­n tahap kecergasan selepas tidak bermain sepanjang musim.

“Ia sangat mengecewak­an, tetapi sekarang tempoh sukar itu sudah berakhir dan saya berasa sangat gembira untuk menghampir­i sasaran saya,” kata Silva.

“Saya bekerja-keras setiap hari untuk saat ini dan saya berada dalam tahap kecergasan yang baik.

“Ia sangat penting untuk mengekalka­n latihan kerana saya tidak bermain untuk satu tempoh yang sangat lama. Tiada apa yang lebih baik berbanding bermain.” – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia