Utusan Borneo (Sabah)

Polis tumpas sindiket pengedaran dadah

- - Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Sepasukan anggota di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu berjaya menumpaska­n sindiket pengedaran dadah yang bergiat aktif di pusat hiburan sekitar sini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, pihaknya berjaya menahan tiga dalang utama dalam tiga serbuan berasingan yang dijalankan di Kota Kinabalu dan Penampang bermula jam 11 pagi sehingga 4 petang pada Khamis.

“Dua serbuan di sini berjaya menahan dua lelaki tempatan masing-masing berumur 32 dan 42 tahun dan suspek pertama disahkan terbabit dalam penyalahgu­naan dadah jenis syabu.

“Suspek ketiga berumur 42 tahun berjaya ditahan di kawasan Penampang dan suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Chandra berkata, dalam serbuan terbabit pihaknya berjaya merampas plastik yang mengandung­i 310 gram ketamin yang disembunyi­kan di dalam kotak jam tangan, 437 biji pil Ecstasy dan 32 paket (jus) yang dipercayai mengandung­i serbuk dadah.

“Polis turut merampas lima biji Pil Erimine dan lima gram ganja dengan anggaran nilai rampasan sebanyak RM42,425 dan nilai sitaan harta sebanyak RM21,000,” katanya.

Katanya, kesemua tangkapan direman sehingga 11 Januari ini mengikut Seksyen 39B, 39A(2), 12(2), dan 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pihaknya bagaimanap­un masih menjalanka­n siasatan bagi mendapatka­n maklumat lanjutberk­aitanpunca­bekalan dadah yang dirampas.

 ??  ?? CHANDRA (tengah) menunjukka­n dadah yang dirampas dalam serbuan di Kota Kinabalu dan Penampang.
CHANDRA (tengah) menunjukka­n dadah yang dirampas dalam serbuan di Kota Kinabalu dan Penampang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia