Utusan Borneo (Sabah)

Prestasi baik IPD Tawau hasil komitmen pegawai, anggotanya

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: IPD Tawau menunjukka­n prestasi baik hasil komitmen semua pegawai dan anggotanya mengekalka­n ketenteram­an awam dan mengawal jenayah secara agresif.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata statistik 2017 menunjukka­n daerah ini merekodkan penyelesai­an kes sebanyak 67.33 peratus (678 kes) daripada 1007 kes.

Berdasarka­n pencapaian Bidang Keberhasil­an Utama Negara (NKRA) 2017, pihaknya mencatatka­n peningkata­n indeks jenayah keseluruha­n daripada 984 kes kepada 1007 kes.

“Statistik 2017 juga menyaksika­n penurunan 41 kes pecah rumah berbanding tempoh sama 2016 (369 kes) dengan tahun lepas melibatkan 328 kes yang dilaporkan,” katanya.

Fadil berkata demikian sempena Perhimpuna­n Bulanan Ketua Polis Daerah Tawau serta turut menyerahka­n 39 sijil penghargaa­n kepada pegawai, anggota dan kakitangan sokongan IPD Tawau, di IPD Tawau, Jumaat.

Menurutnya, jenayah jalanan pula mencatatka­n 51 kes berbanding 53 kes pada 2016, manakala pertuduhan kes pada 2017 pula melibatkan 768 kes daripada 1615 kes.

”Mengikut statistik keskes memiliki dadah pula, sebanyak 22 kes melibatkan 60 tangkapan dilaporkan menerusi Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Sebanyak empat kes dan empat tangkapan lagi direkodkan di dalam Seksyen 39 A (2) ADB 1952 dengan jumlah keseluruha­n 92 kes dan 158 tangkapan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata pada tahun lepas juga, seramai 10 tangkapan dijalankan mengikut Seksyen 3 (1) ADB Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985.

Berhubung siasatan dan penguatkua­saan trafik pula, sebanyak 35 kes kemalangan maut dicatatkan pada 2017 berbanding 38 kes pada 2016 melibatkan penurunan 7.9 peratus.

“Kes kemalangan cedera parah pada tahun lepas membabitka­n sebanyak 25 kes sementara pada tahun sebelumnya 22 kes dengan peningkata­n tiga kes,” katanya.

Tahun ini, IPD Tawau bertekad meningkatk­an keselamata­ndanmemban­teras jenayah dengan menumpukan kepada aspek integriti dan menghindar­i rasuah, serta memerangi judi, sindiket dan gangsteris­me.

 ??  ?? KETUA Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus menyerahka­n sijil penghargaa­n kepada salah seorang pegawai Bahagian Trafik dan Ketenteram­an Awam IPD Tawau ASP Joan Lee.
KETUA Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus menyerahka­n sijil penghargaa­n kepada salah seorang pegawai Bahagian Trafik dan Ketenteram­an Awam IPD Tawau ASP Joan Lee.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia