Utusan Borneo (Sabah)

Polis tahan empat anggota geng ‘Man Kuda’

-

BUKIT MERTAJAM: Empat anggota geng ‘Man Kuda’ yang telibat dalam kegiatan curi kenderaan, pecah rumah dan samun bersenjata parang, ditahan polis dalam serbuan berasingan di Bukit Mertajam dan Kuala Ketil, Kedah pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata bertindak hasil maklumat, polis menahan dua lelaki berusia 32 dan 34 tahun itu di Taman Bidara di sini kirakira 6.30 pagi Jumaat.

“Dua lelaki dikenali sebagai Man Kuda dan Mie Cina itu ditahan ketika mereka sedang cuba mencuri sebuah van di kawasan berkenaan dan kejadian itu disedari pemiliknya sebelum menghubung­i polis.

“Susulan penahanan mereka, polis merampas sebuah kereta Toyota Corolla yang menggunaka­n nombor pendaftara­an palsu. Pemeriksaa­n lanjut mendapati kenderaan itu dilaporkan hilang di Gurun, Kedah tahun lepas,” katanya di sini, pada Sabtu.

Penahanan mereka juga membolehka­n polis menangkap dua lelaki berusia 24 dan 30 tahun yang juga geng ‘Man Kuda’ di Kampung Kuala Merah, Kuala Ketil kira-kira 11 malam pada Jumaat dan merampas sebuah van Toyota Hiace daripada mereka.

Nik Ros Azhan berkata polis juga merampas pelbagai barangan dipercayai digunakan geng itu bagi menjalanka­n kegiatan jenayah termasuk spanar, parang, pemotong besi, kuku kambing, kapak besi dan ‘allen key’ yang telah diubah suai.

Beliau berkata siasatan awal mendapati empat lelaki itu, yang positif dadah, terlibat dengan sekurang-kurangnya lima kes jenayah sekitar daerah SPT bagi tempoh lima hari pertama tahun ini selain terlibat kes di beberapa daerah di Pulau Pinang.

Kesemua lelaki itu direman lima hari bagi membantu siasatan, katanya sambil memberitah­u bahawa ketua geng berkenaan yang dikenali sebagai ‘Man Kuda’ turut mempunyai 21 rekod lampau berkaitan dadah serta jenayah lain.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata polis menahan dua lelaki berusia 24 dan 25 tahun yang merupakan anggota geng curi motosikal dan pengedar dadah di Kampung Bukit Teh, Machang Bubok di sini, pada Jumaat.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia