Utusan Borneo (Sabah)

Operasi tangkap anjing liar kekang rabies disambut baik

-

KUCHING: Operasi menangkap anjing liar dilakukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengekang wabak rabies disambut baik oleh kalangan rakyat.

Ketika ditemui, Zul Herman Jais, 35, pekerja sebuah sekolah di Pasar Batu Kawa Lama memuji tindakan PBT melaksanak­an tindakan itu.

“Walaupun anjing-anjing liar di kawasan pasar lama ini sering datang pada waktu malam, sebenarnya ia tidak membimbang­kan kami tetapi sebagai langkah berjaga-jaga.

“Saya berjaga di sini mengikut dua syif dan biasanya siang anjing-anjing liar tidak kelihatan, cuma waktu malam sahaja anjing-anjing itu keluar berkelompo­k namun tidak agresif.

“Kalau kita berada di kawasan berpagar ia tidak menakutkan cuma apabila berada di jalan raya atau luar kawasan pagar agak berbahaya,” katanya diminta mengulas operasi menangkap anjing liar di sini pada Jumaat.

Sementara itu, Pegawai Bertugas PBT berkata pihaknya dipecahkan kepada tiga kumpulan bagi mempercepa­tkerja-kerjamenan­gkap anjing-anjing liar di sekitar kawasan Batu Kawa.

Operasi hari ketiga bermula jam 3 petang dan berakhir sehingga jam 10 malam di setiap lokasi diagihkan kepada PBT lain.

Kawasan-kawasan terlibat Taman San Chin, Moyan Square dan Rantau Panjang dijalankan operasi oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Majlis Daerah Lundu (MDL)

Manakala Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS) dan Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) menjalanka­n operasi memburu anjing liar di Regal Park dan Taman How Chin.

Majlis Daerah Serian (MDS) dan Majlis Daerah Bau (MDB) pula melakukan operasi di Bazar Batu Kawah dan Genesis Parade pada Jumaat.

Sementara itu, seorang pegawai DBKU berkata pihaknya menggunaka­n ubat pelali ‘Zoletil 100’ untuk menangkap anjing-anjing liar itu.

Setiap botol Zoletil boleh digunakan ke atas empat ekor anjing dan disuntik menggunaka­n sejenis alat untuk membuatkan­nya pengsan agar senang untuk ditempatka­n dalam sangkar disediakan.

Semua anjing ditangkap mempunyai tuan empunya perlu dituntut dalam tempoh 48 jam di Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak (JPVS) di sini dan anjing berkolar dan bertag tidak termasuk dalam golongan anjing liar.

 ??  ?? KAKITANGAN PBT terlibat dalam operasi menangkap anjing liar di kawasan Batu Kawa.
KAKITANGAN PBT terlibat dalam operasi menangkap anjing liar di kawasan Batu Kawa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia